Sunday, April 10, 2011

Tutorial : Projek AI 4

Yuhu!!

Hai korang.. Sorry sebab lambat sangat2 nak share tutorial Projek AI saya.. Memang sekarang ni sangat sibuk dengan aktiviti harian. Bukan sibuk dengan urusan rumahtangga..tp sibuk dengan kerja dan study. Uwwaa.. nextweek dah start final exam! hehehe.. Sempat lagi ngadap blog ni ek.. Yela, ni namanye terapi release tension..hahaha. Ok..kali ni saya nak share cara2 buat Projek AI 4.. 

1. Mula2..seperti biasa..sediakan barang2 seperti gambo kat bawah ni.. Ni adalah span bewarna. Ada macam2 warna ye tuan2 dan puan2 semua..hehehe.. Saya pilih warna pink sebab tema nikah saya putih+pink. Tapi, oleh kerana span pink yang amoi tu jual tak cukup,saya tambah span warna merah.. hahaha.. Satu span besar tu, saya bahagikan kepada 6 bahagian kecil.. Tengok gambar kat bawah ni ye..


2. Ok..selain span kat atas ni, barang2 yang perlu kita sediakan adalah riben, labuci, benang, gam dan gunting. Riben ti,cari riben yang sederhana je ye.. Jgn cari yg halus sgt.. Saya cari riben warna hitam yang ada corak love2.. So riben ini akan nampak timbul kalo letak atas span tadi.. Riben love2 tu, saya buat bulat2 macam gambo kat bawah ni. Korang potong2 riben tu dan gam jer hujung dia. Then tengah2 riben tu korang ikat gunakan benang. Skrg riben tu dah nampak bentuknye kan? Syabas! Syabas! hahaha..


3. Sekarang tiba masanya untuk membuat sesuatu yang mencabar!! Saya kena jahit span tu.. mencabar kan? hahaha.. Jahit span taklah mencabar pun tapi bila nak kena jahit berpuluh2 span.. memang mencabar kesabaran..hahaha.. Ada span tu ok.. Tapi ada span yang lain, rapuh! Bila tarik2 benang, abis terkoyak span tu. Tension!! hahaha.. Ok..korang jahit macam kat bawah ni ek.. Bahagian atas span tu, jahit span tu buat bentuk V . Tu bahagian telinga bear..

Abaikan ye jahitan saya yang tak berapa kemas sebab dah penat.. Tengok tu, siap ada bantal dan remote tv lagi kat sebelah sebab kalau penat, boleh terus tido..hahaha.. Sakit tengkuk ooo..jahit benda ni.. hehehe..

4. Bila dah siap jahit semua, terbalikkan span tu. Bahagian jahitan tu masukkan ke dalam ye. Kiranya mcm korang nak buat sarung bantal la.. Gambar tak ada la nak tunjuk.. 

5. Lepas tu, gulung2 kan tisu dan masukkan ke dalam span tu untuk bagi kembung kepala bear tu. Kemudian ikat bahagian kepala tu guna benang. Hati2 ye, jgn kasar sgt..takot span koyak!

6. Gam kan labuci kat kepala bear tu.. Labuci warna hitam buat mata. Labuci warna merah, buat mulut.

7. Ok..seterusnya, gamkan riben love2 yang saya buat masa kat step 2 tadi tu kat leher bear tu.

Hahaha.. mesti korang blur2 kan sebab takde gambar.. Sorry sangat2 sebab time tu hp saya tah mana tah.. Ewah,salahkan hp plak! Sebenarnye saya lupa nak amik gambar sebab aritu dah kelam kabut.. Tapi, dont worry, bila korang tengok gambar kat bawah, mesti korang akan faham tutorial ni... Meh tengok!!

Taraa... ni lah dia Projek AI 4 saya!! Comel tak?

8. Sekarang bear sudah siap ye!! Boleh la masukkan gula2 kat dlm sarung bear tu. Lepas tu..jangan lupa ye ikat bahagian bawah bear tu gunakan getah.. Ala..getah yang biasa tu je! Getah tu gunanya suapaya gula2 kat dlm sarung bear tu tak jatuh. Kemudian lipatkan sarung brae tu keluar. tengok mcm gambar kat atas ni.. Nampak tak bahagian 'kaki' bear tu.. ada lipatan span kan?

9. Seterusnya, korang bolehla susun bear ni kat dlm bakul..sebelum nak bagi2 kat kanak2.. UUwwaa...saya tak sempat amik gambar masa bear ni dlm bakul!! sedihnya!! Yang ada pun gambar kat bawah ni..

ni muka tengok serius bercakap guna tepon.. tak ingat apa yang dibualkan aritu.. huhuhu.. nasib baik la ada gambar ni.. kenangan dengan bear yang tak cukup tu..hahaha..

ni gambar uncle saya.. sorry ye uncle jeff, letak gambar di sini.. hahaha.. Masa ni uncle saya tergelak besar sambil goyang2 bear.. Anak dia tak sabar mahu amik bear tu dr ayah dia.. 

Lepas jer majlis hari tu, kakak saya bagitahu yang anak2 dia tak dapat bear tu. hahaha.. Bear tu tak cukup! saya buat 80 bear ok! Dan kanak2 yang hadir hari tu tak sampai pun 50 orang.. hehehe.. Bear saya tu buka sahaja laku dikalangan kanak2 tapi jugak orang dewasa.. kihkihkih... Seronok sangat bila bear tu laku!! Rasa penat buat bear tu berbaloi.. Yippie!!

Ok..sampai sini jer tutorial Projek AI 4 saya ni.. Jumpa lagi..




No comments:

Post a Comment