Showing posts with label Misi: Buku Tetamu Ku. Show all posts
Showing posts with label Misi: Buku Tetamu Ku. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Alternatif guestbook

Yuhu!

Dalam post yang sebelum ni,saya ada kongsi gambar2 wedding guestbook yang mungkin boleh dijadikan idea untuk DIY guestbook korang nanti.. Post tu disini

Hah? guestbook dah ketinggalan zaman? Nak idea baru? Korang nak idea canggih ke, pelik ke, atau sweet?
huhuhu.. Apa2 jom google..

IDEA PERTAMA



ini namanye main cop2 jari.. Ye!! tetamu akan tinggalkan cop jari di frame tersebut. Lepas cop jari tu,jgn lupa tulis nama kat cop jari tu pulak.. Kang tak tahu jari sapa la tu ek.. hehehe.. So,lepas abis majlis kawen, gambar pokok yg pada awalnye ada ranting tu jer telah penuh dengan rimbunan daun2(cop2 jari tetamu). Kalau mau pokok korang tu cantik,sediakanlah dakwat cop jari tu warna-warni. So, daun2 pokok tu akan cantik! Dan kalau ada saper mau buat idea macam ni, jgn lupa sediakan tisu ek untuk tetamu.. Yela,nak lap dakwat yg melekat kat jari dorang.hehe.. Idea ni macam best je kan? Lepas kawen, kita boleh gantung frame tu kat umah..

* Saya sangat suka idea cop jari ni..tapi saya dah ada guestbook.. uwaa...

IDEA KEDUA




ni gambar asal.. dinding to kosong jer. cuma ada petak2 kelabu 

Taraa... cara kedua ni pulak..tetamu akan diberikan sampul surat (boleh pilih ye nak warna apa).. dalam sampul tu memang dah tersedia kad kecik. Tetamu hanya perlu tulis nama n ucapan di kad tu. Then, tetamu boleh pilih nak tampal sampul tu kat kotak kelabu yg mana kat dinding tu.. Best kan? Kalau korang nak buat idea mcm ni..kena sediakan 1 board la.. Yela,takkan la korang nak tampal sampul tu kat dinding dewan. Mau kena pelengkung dgn tuan empunya dewan nanti!hahaha.. Lagi satu,korang kena siap2 buat kotak kelabu tu bagi memudahkan tetamu tampal2..kalau tak,comotla nanti. Ha..jgn lupa sediakan doubletape,gam or pin2 kecik untuk tampal sampul tu kat board korang..

IDEA KETIGA


Cara ketiga..guna typewriter untuk tulis nama & ucapan tetamu.. Ini macam klasik jer kan? Tapi kena sediakan seseorangla untuk duduk kat meja typewriter tu.. Yela, type writer ni dah lama tak digunakan. Takut tetamu tak reti nak masukkan kertas.. Lagi satu,kalau takde org jaga kat meja tu,takut budak2 akan syok main dengan benda ni.. Kalau korang nak buat cara ni, carilah typewriter ye..dan jangan lupa sediakan kad2 untuk tetamu nak taip dan kotak/balang untuk masukkan kad2 yg dah siap ditaip.

IDEA KEEMPAT


Cara yang ni sekarang dah ramai org guna. Tetamu akan tanda tangan di frame,pasu or piring yang pihak pengantin sediakan di 'meja guestbook'..  kalau tetamu ramai sgt,abislah penuh frame tu dgn tandatangan.. tu belum lagi kalau ada kawan2 yg siap nak lukis2 lagi..hahaha..

IDEA KELIMA

ini kad kecik2 yg korang boleh buat sendiri.. atau

sediakan kertas macam ni.. tetamu hanya akan isikan maklumat jer.. then

Kad or kertas yg dah siap ditulis akan dimasukkan dlm box macam ni. takpun boleh jugak masuk dalam balang or sangkar.. Yang penting hias bagi cantik ye!!

IDEA KEENAM


Sediakan kad kecik2 yang dah siap bertali dan ranting pokok ye. Pastikan ranting tu stabil. Gambar kat atas ni,ranting macam nak jatuh jer. Tetamu akan amik satu kad bertali tu untuk tulis..dan akan gantung di ranting yg disediakan. Kiranya ni ala-ala 'wishing tree' la..

IDEA KETUJUH






Cara ni pula, pihak pengantin akan sediakan kad kecik2 yg sama coraknye..Tetamu akan tulis dan gantung kat tempat yg disediakan. Oh ya.. tuan umah jangan lupa sediakan penyepit baju dan tempat gantung2 macam kat atas ni ek..

IDEA KELAPAN

Benda kat atas ni saya tak tahu apa namanye. Pihak pengantin sediakan brg2 mcm kat atas ni.. Kad2 kecik kali ni telah diasingkan ikut susunan abjad ok..Sbenarnye sama je dgn cara sediakan kad2 kecik yang penah saya cakapkan tadi tp kali ni tetamu yg nak tulis wish di kad tu kena ikut abjad pertama nama diorang.

IDEA KESEMBILAN
Idea ni agak unik dimana pihak pengantin sediakan lukisan yang tidak bewarna. Tetamu yg hadir diminta mewarnakan sikit lukisan tadi. Kiranya, tetamu tu ada personal touch ler kat lukisan tu..hahaha.. Wahai tetamu,jgn warna comot2 ye sebab lukisan ni akan digantung dirumah sebagai kenang2an.. hehe..


IDEA KESEPULUH




Cara yg terakhir ni gunakan jigsaw puzzle sebagai alternatif guestbook. Sebenarnye..puzzle tu diorang tempah sebabtulah boleh ada nama sendiri kat puzzle tu.. Tapi mungkin puzzle biasa boleh kot.. Minta tetamu tulis ucapan belakang jigsaw puzzle kita tu..hahaha




PERINGATAN:

Kalau korang nak buat guestbook corner,make sure sediakan sebuah krusi ler untuk tetamu duduk nak tulis2. Jangan sampai kena bongkok2. Kesian tetamu tu.. Yang paling ngeri kalau tetamu pompuan yang pakai baju kebaya. Ada gak la buaya2 yang amik kesempatan meng'usha' sesuatu yg menarik.. hehehe.. Dek non! Jangan terlebih tunduk ye..hehehe

Idea Wedding Guestbook

Yuhu!

Di hari ahad yg best ni..meh cuci2 mata dengan tengok wedding guestbook yang cantik2 ni.. Maybe korang boleh dapat idea untuk DIY sendiri korang punya guestbook.. Mari kita google...

Simple but nice!ni boleh DIY sendiri jer kan?


cuba perati btol2..guestbook ni balut guna kertas minyak je kan?


macam buku skrap zaman sekolah2 dulu jer..hehe


green n white...


 senang DIY ni..


Damask..


ni ala-ala gothic la..


ha.. ini sanang nak DIY..


ini ada renda-renda


huh!ni awesome! ni kalau pandai DIY ni mmg guestbook korang akan nampak cantik!


ni nampak mewah kan?kos nak buat ni pun mewah jugak..hahaha


corak stripe pun lawa jugak kan?


ini corak polca dot pulak!


Banyak kan idea2 best? So,nak DIY tak?hehehe.. 



*Sumber gambar: google
Kalu mau tengok website dia, klik pada gambar berkenaan.

Friday, November 19, 2010

Terpukau, teruja, ter.. ter.. ter..

Yuhu!

Tadi keluar kejap pegi beli riben untuk hantaran kawen abg bestfren saya si elin tu. Sampai umah, mak cakap..ada orang hantar barang. Besar kotaknya! Huh! terus otak ni terbayang GUESTBOOK! Dengan aksi yang tak berapa nak sabar..abis kotak tu diterkam. Bila buka.. Ya Allah!! Cantiknya!! Sangat cantik!! Macam dalam post sebelum ni.. saya ckp ..saya ada booking guestbook, kotak guestbook, kalender dan notepad. Benda pertama yang saya nampak....
.
.
.
.
.
.
.
KOTAK GUESTBOOK !! 

Saya sempat amik gambo sebelum kotak tu dikeluarkan dari plastik! Ye btol! kotak ni masih suci lagi ye masa ni. hahaha.. Then bila buka kotak tu, saya nampak kalender, notepad dan dibawah skali...guestbook! Apa lagi, capailah guestbook dulu. hahaha..




Nilah guestbook saya! Korang semua jgn lupa tulis ucapan kat dalam guestbook ni nanti tau. Eh, seronok2 citer pasal guestbook, ada ke meja untuk letak guestbook ni  nanti? Wah, kena confirm semula dgn pengurusan restoren ni.. Takpe..takpe.. slow2.. Kalau ada meja utk guestbook..,mesti meja tu kena hias kan? Wah, kena fikir hiasan meja pulak! Tarik nafas.. hembus.. Tarik nafas... hembus... Byk lagi benda yg tak siap rupanya! waa... Saya rasa meja tu nak hias simple2 jela.. apa nak buat ek? Siapa ada idea?

Air tangan di guestbook?

Yuhu!

Seperti yang saya cerita dlm post sebelum ni, guestbook majlis kawen saya..,saya tempah jer! huhuhu.. Walaupun saya tak DIY guestbook saya mcm B2B yg lain.. tapi saya masih bersemangat untuk letakkan air tangan saya di gusetbook saya tu. hahaha.. Ngada-ngada kan? Syarikat Runway Sdn. Bhd. tu dah buatkan design utk guestbook saya tu. Pastu seperti biasa..,dengan menggunakan ilmu photoshop saya..design tu dah berubah sikit. Yeah!



Sila abaikan latar belakang rumah sewa saya yang kosong tu ye.hehe. Ok..Yang purple tu original copy dr dorang. Yang hijau tu setelah di edit.. hahaha.. Saya ubah kaler jadi ijau supaya ikut tema majlis sanding. Then saya tambah sikit2 kerawang kat bucu2 guestbook tu supaya tak nampak kosong sgt. Lepas tu, ubah font sikit2.. Setelah diubah sana dan sini..,hasilnya..Ya!memuaskan ati saya walaupun ada yg kata design ni simple sgt.. hahaha.Takpe..semua orang ada pendapat masing2 kan?
Yang pastinya..saya ada jugak terlibat dalam hasilkan guestbook ni! hahaha..

Guestbook saya dah siap!

Yuhu!

Petang semalam dapat panggilan telefon dari Khor Hei Ling.. ewah, sebut nama penuh gitu! Hei Ling bagitau Gusetbook yang saya tempah haritu dah siap. Dia hantar ptg semalam dan dijangka sampai arini. Wah, tak sabar nak tunggu guestbook tu. Mm..sebenarnya saya teringin nak buat guestbook mcm B2B yang lain. Bila tengok hasil DIY guestbook dorang kat dlm blog, rasa mcm jeles pun ada.. hahaha.. Dorang sgt kreatif! Tapi tula, masa tak mengizinkan saya nak kreatif2 ni. Projek DIY saya pun banyak yang tertangguh. Tak tahu bila nak siap! hahaha.. Tarikh kawen dah nak dekat! Harap2 sempatlah.

Tentang guestbook yang saya tempah tu.. sebenarnya saya dah booking sejak bulan jun dulu..Masa tu ada Pameran Pengantin di Midvalley. Mm..ingat lagi, time tu saya pergi sorang2. hehehe.. Saya mmg suka pergi sorang2 kat tempat2 mcm tu. Bolehla tengok lama2 sikit. Ha..masa kat pameran tu jugak saya booking OP. Lain kali saya buatkan 1 entry pasal OP saya yer. Kat booth guestbook tu, saya bukan jer booking guestbook..tapi jugak notepad dan kalender. Korang boleh bayangkan tak,byk tak duit yang bakal keluar dari dompet saya? hahaha.. Sebenarnya,kat pameran pengantin adalah masa yg paling sesuai untuk kita booking itu..  ini.. itu.. ini.. itu..ini  hahaha.. Yela, smua harga murah2.. PROMOSI HANGAT! So,jgnla lepaskan peluang ye kalau lain kali ada pameran pengantin.

Lepas jer pameran tu,saya terus letak resit booking dalam 'fail kawen' dan buat tak paham. Sampailah akhir bulan 9, syarikat tu call untuk ingatkan saya mengenai tempahan tu dan minta bagi gambar. hehehe. Apa lagi..kelam kabutla saya selongkar folder2 dlm lappy ni.. Cari punya cari.. saya buat keputusan untuk letakkan 2 gambar di guestbook saya tu nanti..Gambar2 yang bertuah tu.....jeng jeng jeng....

Ni gambar pertama

dan.. ni gambar kedua

Mesti korang semua tertanya2 kan..kenapa gambar kami jadi macam tu? hahaha.. sajer je. Nanti tak surprise la masa kawen. Yela, kawan2 1 tempat blaja dulu semua nak tahu siapa orangnya yg berjaya mencuri ati saya ni.. Semua tertanya2..sebab dulu saya ni jenis kasar skit..,tomboy, ramai kawan laki dari kwn pompuan. Kalau pegi kuar jalan2 je mesti dgn lelaki. Sebab tula dulu org cop saya playgirl sebab asik jumpa tengah jalan,saya ada dgn laki yang berlainan. Padahal dorang semua tu kawan je. huhuhu. So,kalau korang nak tahu alon kesayangan saya tu, datanglah ke majlis kami ye. yeeha!

Kenapa muka saya sensored jugak? haha.. sebab gambo majlis tunang jela saya pakai make up. Lain2 gambo..tak pakai sbb tak reti. hahaha.. Nanti orang dah biasa tengok muka saya bertepek make up,majlis kawen nanti tiada 'WOW' , 'HUIYOO', 'HULAMAK'.., dan sebagainya.. hahaha