Showing posts with label Misi: Kad Kawen Ku. Show all posts
Showing posts with label Misi: Kad Kawen Ku. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Proses edar kad kawen di office

Yuhu!

Hai korang.. Arini saya dah start edar kad kawen di opis. hehe.. Dari semalam sampaila pagi tadi..asyik ingatkan kawan opis yang nak kawen ujung bulan ni supaya bwk kad kawen dia!hahaha.. So,takla saya segan nak edar kad saya sebab ada geng! hahaha.. Kad syuffi lawa.. suka sgt! Tapi, terlupa nak amik gambo sabab da tampal kat dinding opis. Wah!Kalau 5S tu..,boleh ke tampal2 kat dinding opis?hehehe.. Nasib la.. :)

Rasa macam dah lega sikit sebab kad kawen dah makin berkurangan!hehe.. Yela, kalau masih ada lagi..rasa mcm risau jer sebab ati ni mesti akan cakap "byk lagi benda nak kena buat ni"... hehe.. Kawan2, kamu suka tak kad kawen saya? Cepat cakap SUKA! Kalau tak, saya pasang lagu "LA LA LA" 100 kali sampai korang muntah ijau! hahaha..

Ini adalah bos saya! Cewah,sempat amik gambo penyerahan kad kawen! Takpe..bos saya sgt sporting! (Bos,saya dah puji2 bos kat sini,tahun ni bagilah SKT saya markah lebih ye..hahaha..)

Lepas edar kad, saya terus masuk bilik dan siapkan kad2 untuk bagi kat kawan2 melalui pos. Huh!Skarang ni dah takde setem 30sen ke? Saya kena beli setem 20 sen dan 10 sen. Adoi!! Banyak pulak kerja nak kena buat! Nasib baik ada pembantu peribadi yang setia. Siapa lagi kalau bukan bakal bridesmaid saya tu..
Wah..terima kasih la mary, tolong saya.. hehe..sorry la lupa nak bentang alas..so hang duduk la atas kapet tu ye! tak ingat langsung!

Mary mmg pandai posing! sejak bila la budak mary ni suka amik gambo ek? Ikut sifu ke?hahaha..
Sila abaikan dokumen2 kat rak tu ye.. ayoyo..bersepah!! (konon sibuk sgt buat kerja la tu)

Wah..duduk bersimpuh!haha.. Saja duduk kat kapet sebab nak berselindung di sebalik meja.
 Tak mau orang nampak apa yg saya & mary buat. haha..
Sila abaikan kerusi saya yang masih berbalut plastik tu ye!haha..


Checklist

1. Kad untuk kawan office   DONE!
2. Kad untuk di pos  DONE!
3. Kad untuk kawan2 di pejabat negeri & daerah   DONE!




Sunday, January 2, 2011

Review : Projek AI 3

Yuhu!

Hai korang.. saya dah boleh tarik nafas lega skit sebab Projek AI 3 saya dah nampak bentuknye.. hiphip hooray!!

Status projek : Siap!! (100%)
Tarikh siap : 1 Januari 2011


Ini lah kad kawen DIY yang saya buat (walaupun DIY tu tak sepenuhnye sbb printing bukan saya buat ek). Idea & design mmg saya buat sendiri dgn bantuan laptop lappy kesayangan saya ni.. hehe.. Mau tengok gambar lagi?

Ni..masa proses 'mengegam' (ada ke perkataan ni dlm kamus dewan?).. Yeh! ruang tamu umah saya telah bersepah dengan kad2 kawen saya! huhu.. Penat jugak buat benda ni tp cukup puas ati sebab kad kawen saya lain dr yg lain. hehehe.. Ye,saya suka sesuatu yg PELIK! Mm..lagi satu nak bagitau..saya buat kad ni dengan penuh kasih sayang ok! ikhlas dari hati.. So, saper yg terima, jgn la lupa dtg majlis kawen saya & alon ye..hehehe..

Pagi nanti..ayahanda dan bonda saya dah nak hantar kad ni kat sedara-mara. Saya tak ikot sbb bak rushing alik negeri sembilan. Yela, kalau lambat2 bas takde alik umah sewa saya tu! Nape tak beli kete? huhuhu..sebabnye gaji saya kecik jer (Yeke?). Lepas kawen kot beli..sbb skrg fokus duit gaji saya ni utk majlis kawen. Lagipun nak langsaikan PTPTN dulu sblm buat mana2 pinjaman lain (pinjaman kete/umah). Saya tak suka berhutang!huhuhu..

Saturday, January 1, 2011

Kad kawen ada 3 versi!

Yuhu!

Hai korang... Petang tadi, ayahanda saya buat mesyuarat keluarga tentang majlis kawen saya. Huh! Tahniah kepada abg ipar ku kerana telah dilantik menjadi floor manager! hahaha.. Ingat tugas kamu ya!! Mm..perkara pertama yg abah tanya tadi pasal kad kawen saya yg kononnye da siap bulan lepas tu! huh! Berdebar2 nak tunjuk kad kawen saya yg ada 3 versi tu! Nasib baik adik bongsu saya jd tukang explain kat abah. hahaha.. Abah ckp, ok la tu sbb kalau nak tempah lain pun dah tak sempat. So, guna jela apa yg ada.. Mm..sebenarnya saya risau sgt kalau abah tak suka kad kawen saya tu. Yela, seperti yang saya cerita sebelum ni, kad kawen saya byk masalah. Saya asik dpt kad rosak dr syarikat printing. Dan kad terakhir yg syarikat tu kasi ganti, saya puas ati la cuma kaler dia berbeza dgn kaler kad sebelum tu. Huh! Dan perkara kedua yg buat saya btol2 risau, sebab kad tu saya design sendiri. Saya tak letak gambo songket, keris, tepak sireh or apa2 jela yg mcm tradisional2 tu. Kad saya hanya ada love warna hijau!Dan bahagian dalam..saya ada touch-up skit2. Dalam entry akan dtg,saya akan tunjukkan kat korang apa yg saya dah buat kat kad saya tu.huhuhu..  tunggu..

Sunday, December 12, 2010

Kesudahan kad kawen ku

Yuhu!

Tadi baru baca email dari syarikat printing kad kawen saya. Diorang akan bertanggungjawab atas kad2 kawen saya yg ngeri tu. Bagusnye! Diorang akan ganti baru 100 keping. Huh! Kali ni diorang cakap akan double check sebelum pos kepada saya. Yang paling terkejut saya dengar, kali ni diorang hantar design kad saya tu kat syarikat printing lain sebab tak mahu kejadian2 yang tak diingini berulang kembali kot. Diorang cakap even kos printing kali ni agak mahal skit asalkan saya puas ati..Yippie! Lega saya dengar. Yela, dah dua kali saya makan hati dgn kad2 ngeri saya tu. Harap2 kali ketiga ni semua ok la. Alon pulak siap gelak2kan saya sebab saya dulu eksyen kat dia yg saya dah siap tempah kad kawen. Tapi akhirnya kad kawen dia yg siap dulu. Saya punya dah dua bln tak siap2.hehe.. Ceh!eksyen pulak alon ni! Ayahanda saya pun dah tanya pasal kad kawen. Saya terpaksa jela ngaku kad dah siap tapi ada kesilapan..so,kena betulkan semula. hehe..

Lepas dapat kad kawen ni..nak kena 'touch-up' plak.. adoi..Sebab tula aritu saya tempah kad awal2 sebab saya nak buat sesuatu di kad tu. Tapi skrg lambat jugak la saya terima kad tu. Ada jugakla yg kena bersengkang mata malam2 nak siapkan kad2 tu..huhuhu.. Apa2 pun harap impian kad kawen DIY saya tu akan menjadi bombastik walaupun takla DIY sepenuhnya.. hahaha.. Mahu tengok kad kawen DIY saya?
Tunggu...


ni design kad kawen saya..hehe.. saya takde idea,pastu hentam jela.. Kira ok la tu.. Harap2 ayahanda saya tu tak komen sebab takde rupa langsung mcm kad kawen. tu blom tengok dlm dia lagi.. hahaha..

Monday, December 6, 2010

Preview Kad Kawen Versi Ngeri

Yuhu!

Kawan2, meh tengok sama2 kad kawen saya yang ada banyak masalah tu seperti yang pernah saya cakap di post sblm ni. Selama ni saya cuma cakap je kan.. but now buat pertama kalinya saksikan betapa ngerinye kad kawen saya.. Anda sudah sedia?    jeng.. jeng..jeng..



Kesilapan : design saya telah lari & tulisan kat jalanraya peta kaler itam


Kesilapan : design saya telah lari, tulisan kat jalanraya peta kaler putih pulak, ada comot kat muka depan kad kawen ni. Macam ada warna coklat tumpah.


Kesilapan : design saya telah lari, tulisan kat jalanraya peta kaler hitam pulak, warna jalanraya tetiba jadi ijau gelap sehingga tulisan kat jalanraya takleh dibaca, ada comot kat muka depan kad kawen ni. Macam terkena renjisan air.


Kesilapan : design saya telah lari, tulisan kat jalanraya peta kaler putih pulak, alamat blog saya di bahagian bawah kanan kad telah dipotong. Haiyak!! Macam mana org mau baca alamat blog saya tu?



ni pulak gambar yang saya amik guna hp masa mula2 terima kad tu.. Nampak tak apa yang ada kat kad tu?
Kesilapan : ada garisan tah mana datang tah yg kaler coklat tu.. Sebenarnya, tu kad kawen org lain tercetak skali kat kad kawen saya. Then cuba tengok kat bahagian jari yg saya pegang kad tu.. hahaha.. blakang dia telah di print..bahagian dalam kad kosong jer..kaler putih suci bersih!

Mau tengok lagi?
.
.
.
.
.
.
.
Tara... ni pun gambar amik guna hp.. See..ada peta lokasi rumah pengantin sapa tah melekat kat kad kawen saya ni.. Ngeri btol! Bila saya tanya syarikat printing tu..penah ke jadi macam ni? Dia kata, ni pertama kali.. Haiyak! Apesallah yang pertama kali tu terjadi kat saya?


 Kad diatas ni merupakan kat kali pertama yang diorang hantar. Kira kesilapan pertama lah.. Kad kali kedua pulak tak sempat nak scan.. Haiyak! Brapa kali mau buat salah la wahai syarikat printing...

Saturday, November 27, 2010

Kenapa kad kawen saya tak cukup?

Yuhu!

Nyampah btolla dgn kad kawen yang baru saya terima tu! Lepas dapati ada beberapa kesilapan pada kad tu, saya buka semua kad. Check dengan teliti. 17 kad teruk + ngeri. 59 keping lagi, ok tapi bahagian peta..tak nampak tulisan arah jalan sebab dakwat putih tu halus sgt. Yang 100 kpg lagi perfect! Cuba kira berapa kesemua kad yang saya terima? Sila campurkan angka2 di atas ye.. PANDAI! Semuanya 176keping. Di ulang skali lagi, 176 keping! Saya tempah 200 keping! Tetibe mulut saya ni nak jadi mulut jahat pulak! Mana kad selebihnye? Kenapa tak cukup? Apa yg syarikat printing ni buat? Geram btol!

Saya sms syarikat tu. Then dia bls, "Salam,mcmni,kami mtk tolong awak pos semula kad yg rosak tmasuk kad yg first time dulu tu..phak kami akan byr kos pos tu.just guna skynet je untk return".

Mcm berapi jer baca sms dia. Yela, aritu masa mula2 dpt kad yang pertama tu..saya dah cakap, kad tu ada kesilapan dan saya tak mau kad tu.. Saya bebel panjang kat dorang sama mcm kat post ni. Tapi dorang tak minta pun saya pulangkan semula time tu. Sekarang ni, bila saya dah alik kl, then dah jadi kali kedua masalah kat kad saya..dorang minta saya pos kad yg lama tu. Saya tak kisah pun kalau nak pos kad tu sebab tak guna pun tapi kad tu ada kat jelebu! Penghantaran kad pertama tu,saya guna alamat ofis. Bila dah ada kesilapan pada kad yg pertama tu,saya tak bwk la alik kl. Biar tersadai kat sana. Yela, tak kuasa nak angkut beg berat2 dgn kad yg silap tu! Sekarang, dorang nak semula pulak kad tu! Bila masa pulak la saya nak ke jelebu tu sebab saya dah start cuti belajar.Esok dah bertolak ke penang. Dah byk kali saya ckp dgn diorang, akhir bln ni saya nak sambung blaja,so mohon dpt siapkan kad idaman saya tu elok2 sebelum akhir bln. Pastu yg buat saya pening ni,ntah apa kejadah pulak la skynet tu. Saya manalah tahu bab2 mcm ni. Disebabkan kesilapan dorang, saya pulak yang bersusah payah.

Apa dorang ingat saya nak tipu ke pasal kad kawen? Poodahcit! Yela, sebab saya asik cakap ada masalah pada kad dan diorg asik reprint. So, dorg ingat saya nak amik kesempatan la kot! Adoi kakak dan abg syarikat printing, saya tak ada masa la nak tipu! Saya kan dah siap MMS gambo kesilapan kad tu. Check la hp tu!! Kalau saya nak tipu, takdela saya letak alamat penghataran kad tu kat opis saya. Jabatan saya bukan calang2 jabatan. Geram btolla dgn dorang ni! Kalau tak caya, meh sini kat kl ni tengok kad yg penghantaran kali kedua. Dan..dtg jelebu tu dlm sebulan lagi ..tengok kad yg korang print kali pertama tu. Hish! Tension btol! Kalau tahu tadi,masa buka plastik bungkusan kad tu,saya rakam guna video supaya korang tahu yg saya cakap betul! Kad korang ni ada masalah dan tak cukup!! PAHAM?

Pasni kalau dengar kawan2 nak tempah kat syarikat printing tu..saya akan nasihatkan cari syarikat printing lain! Ramai B2B yang pernah guna khidmat dorang ni tapi ok jer.. Sebab tula saya pun pilih syarikat ni. Tapi tak sangka jadi macam ni.Kad kawen saya teruk!Rasa macam nak announce nama syarikat printing tu kat sini.. Tapi pikir positif, syarikat tu baru nak berkembang..nanti dikatakan calar imej dorang plak. Tapi tolongla kakak dan abg syarikat printing, kenapa la korang cuai sgt!! Dah tahu masa kali pertama tu ada masalah dgn kad saya, bila reprint ..before deliver tu check la! Dah tahu saya seorang customer yang teliti dan cerewet. Tak amik iktibar langsung dari kesilapan pertama. Skarang kad saya tak cukup! Sapa nak jawab? Korang boleh je ckp dah bg cukup2..mana tahu kot saya sorok sebab nak dpt kad lebih dr korang kan? Alih2 skrg saya yg ditimpa masalah padahal kesilapan dari pihak korang!Kirala btol2!!Print cantik2!! CUAI LAH! My mom n sister pun dah tengok kad korang tu. Choyy!!

Ucapan khas utk dorang : Kakak dan abg syarikat printing, DIMANA HAK SAYA? KENAPA BUAT MACAM NI KAT SAYA?

Mimpi kad kawen ngeri kembali lagi!!

Yuhu!

Wah!! Tension!! Rasa mau menjerit jer! Tak puas ati! Geram! Marah! Sedih! Kad kawen yang saya idam2kan, tunggu2 slama ni dgn penuh kesabaran tu baru jer saya terima! HUARGHH!! Hotnye hati nih! Aritu syarikat printing tu reprint semua kad2 tu sebab berlaku kesalahan dan comot kat kad tu.. Skrg sama jugak! Adoi! Tension tahap cipan saya dibuatnya! AARRGGHH!! Ngeri! Dah brapa kali silap dan asik ngadu kat syarikat tu.. tapi sampai skrg kad idaman saya tak siap2 lagi..Salah..salah..dan salah.. Asik berlaku perkara yang sama!Apa la nasib kad saya tu! Sahih! petang ni.. akan ku merayap ke carrefour utk gi tempah lain kad kawen.. Tension! Wah..tak pasal2 tambah duit lagi! geram btolla dengan syarikat printing tu!

Tiba2 timbul dalam ati ni, kalau tempah terus kad kawen yang dah ada kat pasaran kan senang. Sibuk sangat nak buat design sendiri, pastu nak kena cari syarikat printing. Ni la akibatnya! Waa..sedihnya..

Sekarang tak tahu sama ada nak teruskan usaha pertahankan design saya tu or amik jer design yang dah ada kat pasaran utk wat kad kawen baru.. Dah macam fobia pulak!Huh! Yg pastinya, tak mau berpaling lagi kat syarikat printing yang byk bagi masalah kat saya tu. Nak cari tempat lain! Tapi sayangla kalau tak guna design saya tu.. penat je design..(walaupun design saya tu tak la cantik pun).. huhu.. Tapi saya tak suka design yang sama macam org lain! So, kesimpulannya kena cari syarikat printing lain! Sempat ke nak cari ni? Esok dah nak berangkat ke penang.. Adoi!!

Meh tengok apa dah jadi pada kad kawen saya..

Wah!!kad saya tetiba ada kaler pink! Tapi nama pengantin bukan nama saya! Korang paham tak apa maksud saya? hahaha.. Macam mana lah kad kawen org lain boleh ada pada kad saya ni? Adoi!!Kakak syarikat printing, majlis kawen kami lain2 la! Kami bukan adik beradik pun sampai nak share2 kad kawen!haiyaakkk!!

Sila tengok dengan teliti ye.. Warna kad ni mcm dakwat printer yang nak habis je kan? Kaler dia TERUK! macam ni ke saya nak bagi kad kpd kwn2. Malu la nak hantar kad kaler teruk mcm ni! Kakak syarikat printing, mcm ni ke hasil yg saya terima? Apesal separuh kad ok, separuh tak ok! Kalau dakwat dah nak abis,gantila dakwat baru.. Kesian kad saya ni. Isk..isk..isk..

Tunggu kad kawen

Yuhu!

Semalam.saya msg syarikat printing kad kawen saya tu. Tanya dia..bila dia akan hantar kad kawen sebab dah sampai ke hujung bulan saya tunggu. Alhamdulillah, dia cakap esok (maknanya arini la..hikhik).. So,esok dah boleh dapatla kad saya tu! Yahu!! Eh, tapi esok..ada ke org hantar surat or hantar barang? Esok kan ari sabtu. Mm..mesti ada la kot! Harap2 kad kawen saya yg dorang reprint tu menepati kehendak saya kali ni.. Please la jgn salah2 or comot2 lagi. Tak mampu nak tanggung perasaan tension + marah + sedih lagi... waa..waa...

Cepatla kad kawen sampai..sekurang2nye..boleh bawak sikit gi penang.. Boleh edar kat kawan2 sekuliah next month.. Eh, rasa awal sangat ke saya edar kad kawen? tak la awal sgt kot! hahaha.. takpela..akhir bulan disember 2010 edar kad, kawen awal bln feb 2011. Kira sedang elok la tu kot! hehehe.. saje je buat ayat ni supaya nak tenangkan ati sendiri. Yay!

Wednesday, November 17, 2010

Masih menanti dengan sabar..

Yuhu!

Mengikut perancangan, raya haji ni.. mak nak edar kad kawen saya kt saudara-mara. senang sikit sebab semua dah berkumpul. Tapi apakan daya..kad saya tu ada masalah seperti yang saya cerita kat post ni. Syarikat printing pula tengah berusaha keras untuk reprint smula semua kad saya tu. Diulang skali lagi..SEMUA yer..
 Tadi abah tengok kad2 kawen yg diterima dari kenalan dia. Cantik2 kad diorang.. Saya? Terpegun jugak! Saya pun teringin nak kad yang cantik2.. Tapi selalunya kad yang cantik2 kat pasaran tu mahal harganya. Saya bukan tak mampu! Saya bukan sorang yang kedekut! Tapi saya ni penjimat orangnye. hehehe.. Lagipun, saya tempah kad tak banyak. 200 keping jer.. Yela, saya tak ramai kawan. Kiranya 200 keping kad tu ok la. Tak mau la tempah banyak2. Sebab tak mau jadi macam wedding kakak saya dulu. Terlebih kad sampai lepas kawen pun ada lagi kad tu. huhuhu (Kak Qis,jgn marah yer..i citer pasal kad kawen u kat sini). Yay!

Haritu dah cakap dengan syarikat printing tu,kalau boleh nak dapat kad kawen saya tu sebelum akhir bulan sebab ujung bulan ni saya dah start cuti. Tak masuk opis 3 minggu. Ni bukan cuti holiday ke atau cuti kawen ye.. Ni cuti sambung blaja. huhuhu.. Sebelum ni.. syarikat tu pos kad kawen kat opis.. takot pulak masa dia pos untuk kali kedua ni saya da takde kat opis. Mm..tak sabarnye nak dapat kad tu sebab ada sesuatu istimewa pada kad tu.. hehehe..

Friday, November 12, 2010

Reprint kad kawen?

Yuhu!

Ingat tak dlm post terdahulu,saya ada cerita tentang kad kawen ngeri saya? Post tu disini.
Bila dah jadi ngeri mcm tu, apa lagi.. sebagai customer..saya pun bagitaula kat syarikat tu.. Bersemangat sungguh saya bagitau dorang.. tak cukup bagitau melalui panggilan tepon,dlm SMS dan email pun sama. Mula2 MMS gambo2 kad tersebut. Kononnya sebagai buktila,kad tersebut rosak dan tak menepati kehendak saya seperti perjanjian awal. Saya saja MMS,takut syarikat tu ingat saya ni menipu sebab nak dpt kad lebih ke hapa.Apabila rasa cara MMS tu tak berapa mujarab,saya pun scan kad2 tersebut, pastu siap masuk photoshop..letak anak panah kat kesalahan yg terdapat pada kad tu dan bagi comment. Cara ni mmg mujarab sebab sekejap je dpt maklum balas dari diorang. hehehe. Rasanya orang syarikat tu mmg berguni2 tahan sabar dengan kerenah saya ni. hehehe.. Tapi apa pun,saya puji la diorang. Tetap layan saya dengan baik. Suara dorg cool jer. So,bila dgr suara dorang cool,saya pun tak jadila marah. hehehe.. Keputusan dari kad ngeri saya tu..,dorang cakap nak REPRINT kad saya semula.Yeahoo!Hope kali ni,hasilnye akan menepati kehendak saya. Mari doa sama2.. Tak larat dah nak sakit2 ati lagi..huhuhu.. Bila kad dah siap,saya akan tunjuk kat blog ni ye. Tunggu...

Saturday, November 6, 2010

Kad kawen ku yang ngeri!

Yuhu!

Minggu lepas saya dapat satu bungkusan masa kat ofis. Ada apa dlm bungkusan itu ya? Wah,bila baca kat kertas tu tulis dari syarikat printing kad kawen, meloncatla! Tak sabar sgt nak buka. Masa dalam bilik ofis, saya nyorok bawah meja sambil bukak bungkusan tu. Alangkah sedihnya tengok kad yang diterima tu. Kaler kad tu macam pecah2. Tapi saya buat2 cool la sebab anggap yg tu mungkin sekeping jer. Balik rumah, check kad2 tu. Mak aii.. sangat sadis! TAK SEPERTI APA YG DIIDAMKAN! Design yang saya bagi kat syarikat tu lain, yang telah di print lain pulak.. Adoi. Pastu syarikat tu CUAI!! Ada tompokan apa tah kat kad saya tu. Macam kaler tak kering lagi,pastu diusik.. Anggap jela macam tu ye! Then,ada tompokan macam kena renjis air. Mm..ada 2-3 keping kad yang dia salah print. Yelah,ada peta org lain kat kad saya tu.. Ngerinye!! Ada yang muka surat depan dia print,blakang kosong..putih bersih! Apa lagi ek? Ha..bahagian tulisan.. Adoi,apa la CUAI sgt dorang ni sampai tulisan kat bawah peta saya tu..di potongnye!Maksud saya,tulisan tu tak muat dimasukkan kat dlm kad tu,so,nampak separuh jela tulisan tu. Yang dorang ni pun satu,kecikkan la design tu kalo tak muat nak masuk dlm kad tu. Takkan tu pun nak kena cakap. Hari tu sblm saya bagi design,saya siap tepon dorg,tanya kalau guna photoshop..saiz apa yg paling sesuai. So,it's not my fault la.. Lagi pun,design tu saya bagi dalm 2 bentuk. Dalam JPG dan PSD. So,dorang boleh la ubah design tu. Ee..hangin btolla dgn dorang ni. CUAI! Kalau boleh,saya mmg takmau kad2 yg saya terima ni. Rasa nak pulangkan semula semuanya! BURUK!COMOT! Tensionnya tengok kad tu. Abah dah tanya pasal kad,tapi saya cakap ujung bulan baru siap. Takmau citer kat abah. Kang tak pasal2,dia yang pening pulak!

Sunday, October 10, 2010

1 peta atau 2 peta?

Yuhu!

Adoi..peningnye! konfius sama ada nak buat kad kawen saya tu ada jemputan dari saya jer atau ada skali jemputan dr alon. Mm.. alon cakap,kad dia..buat jemputan dr dia jer. Tak masuk pun jemputan dari saya ke, peta umah saya ke, smua takde.. eh, tapi nama saya ada la.. hikhik.. Kesimpulannya, kad kawen dia tak share dgn saya. Saya plak mmg pada asalnye nak letak jemputan dia skali dlm kad kawen saya tu. Senang skit kalau kawan2 saya kat sbelah utara tu nak dtg ke majlis bertandang nanti. Tapi tula.. alon kata tak payah sebab nanti dia akan bagi kad dia kat saya untuk bagi kat kawan2. Tapi tadi dia dah bagi peta umah dia. Yela, saya ni kan degil orgnye.. nak jugak letak 2 peta kat kad kawen saya tu. Tapi kalau letak 2 peta, agak sempit la kad tu. yela, kad yg saya pilih kad yg satu lipatan tu jer. Ntahla.. kena dok diam2.. pastu fikir sama ada nak letak 1 peta or 2 peta.