Saturday, October 30, 2010

Tension Tahap Tsunami !!

Yuhu!

Tensionnya!! Semalam saya buka portal USM. Kononnya nak tengokla kalau ada tugasan terbaru yang kena buat. Then, saja baca smula jawapan kuiz yang saya telah hantar sebelum ni melalui forum board yg disediakan. Tetibe2, mata ni terbeliak, ati ni panas bila tengok jawapan kuiz saya telah diciplak oleh individu tak bertanggungjawab! Saya ulang sekali lagi, INDIVIDU TAK BERTANGGUNGJAWAB! budak laki tu mungkin malas fikir jawapan utk kuiz tersebut,bila tengok jawapan saya dlm forum tu 'macam best' jer, apa lagi copy paste la..then tukar nama dan no kad matrik dia. Masalahnya, dia tak ubah langsung ayat saya tu. Sebijik2 ayat saya. Adoi! Tak adil,sebab markah lecturer akan bagi berdasarkan kuiz tersebut. Saya punyala perah idea,alih2 kena ciplak pulak. Saya tak marah kalau individu tersebut nak jadikan jawapan saya sebagai panduan or rujukan untuk dia jawab kuiz tu tapi sekarang dia amik terus jawapan saya bulat2 dan jadikan hakcipta dia.Memang tension! So, dengan ati yang membara,saya tulis kat forum tu dia telah ciplak jawapan saya. huhu.. Sesiapa yang buka forum tu akan baca ayat2 'peperangan' itu. hahaha.. Biarkan dia. Sapa suruh CIPLAK! Lain kali,jgn jolok sarang tebuan, buruk padahnya..

Sebenarnya,dlm belajar ni..kita mmg tak dapat lari dari COPY PASTE ayat2 org lain. Yelah,sebab kadang2 kita tak faham atau tak reti nak jawab soalan dan buat ayat.. Tak salah nak copy paste..TAPI..ubahla ayat org tu kepada ayat anda sendiri. Takkan la nak tiru bulat2..

Sunday, October 10, 2010

1 peta atau 2 peta?

Yuhu!

Adoi..peningnye! konfius sama ada nak buat kad kawen saya tu ada jemputan dari saya jer atau ada skali jemputan dr alon. Mm.. alon cakap,kad dia..buat jemputan dr dia jer. Tak masuk pun jemputan dari saya ke, peta umah saya ke, smua takde.. eh, tapi nama saya ada la.. hikhik.. Kesimpulannya, kad kawen dia tak share dgn saya. Saya plak mmg pada asalnye nak letak jemputan dia skali dlm kad kawen saya tu. Senang skit kalau kawan2 saya kat sbelah utara tu nak dtg ke majlis bertandang nanti. Tapi tula.. alon kata tak payah sebab nanti dia akan bagi kad dia kat saya untuk bagi kat kawan2. Tapi tadi dia dah bagi peta umah dia. Yela, saya ni kan degil orgnye.. nak jugak letak 2 peta kat kad kawen saya tu. Tapi kalau letak 2 peta, agak sempit la kad tu. yela, kad yg saya pilih kad yg satu lipatan tu jer. Ntahla.. kena dok diam2.. pastu fikir sama ada nak letak 1 peta or 2 peta.

Projek AI 3

Projek AI (Cinta) 3


Yuhu..

Tarikh mula projek : 10 Oktober 2010
Projek dijangka siap :  20 Disember 2010



InsyaAllah.. bila dah siap, saya akan share dengan B2B yang lain ye. Tunggu..

Saturday, October 9, 2010

Salah tangan

Yuhu!

Hadoi!! Dah setahun lebih bertunang baru saya sedar sesuatu. Tadi tengok gambar kawan bertunang. Dia bertunang 2 oktober lepas. Huh! Ramai jugak kawan saya bertunang pada tarikh tu. Tengah belek2 gambar dia kat facebook.. tetibe teringat sesuatu.. Tapi masa tu rileks lagi. Pastu tengok gambar kawan yang lain pulak bertunang.. Wah,hati ni dah rasa goyang skit. So,nak kepastian..google la.. tengok gambar2 majlis tunang orang2 yang saya sendiri pun tak knal. Sahih! Saya dah salah jari masa mak alon sarungkan cincin tu.. Mm..actually,salah tangan.. Patutnya cincin tunang, sarung cincin kat jari manis tangan kiri. Yang saya plak masa majlis tu..suka2 ati jer hulur tangan kanan. Apa lagi, mak alon pun sarungkan jela! hehehe..  Tapi klakar jugak sebab takde org perasan pun saya dah tersalah hulur tangan.. hihihi..

see..kan dah cakap tadi..salah hulur tangan.. hehehe..


Tuesday, October 5, 2010

Yahu!Dapat Kelulusan Cuti Blaja

Yuhu!

Alhamdulillah.. akhirnya setelah berusaha berbulan2 dpt gak kelulusan cuti tanpa rekod tu.. Hiphip hooray! Syukur..sebab smua yg di rancang berjalan dgn lancar. Mula2..dpt surat pengesahan jawatan , then dpt cuti tanpa rekod. Pasni rasanya apa berita baik yg akan muncul ye? KWSP? hahaha..duit itu akan ku simpan untuk kegunaan further study ku.. hehehe.. Mmm.. bulan nov hingga dis nanti 3 minggu la saya tak masuk ofis. Wah,nampaknya kena setelkan semua keje sblm saya bercuti nih. Caiyok! Caiyok! Bersemangatnye nak blaja semula.. Semoga semangat ni tak hangat2 tahi ayam jer. Biasala..dah keje kan?Lebih2 lagi blaja cara PJJ. Takot saya tak kuat semangat jer. Kawan2..tolongla doakan supaya saya berjaya dgn cemerlang dlm pelajaran saya ni ye.hehehe..

Alon,saya buat semua ni untuk masa depan kita. Terima kasih sebab sentiasa bagi galakan & sokongan kat saya. Terima kasih sebab lakukan pengorbanan tu untuk saya. Terima Kasih.. terima kasih.. dan terima kasih cyg..hahaha. Kita sama2 bina kehidupan masa depan kita ye..  Awak dgn kerjaya awak. Saya dengan kerjaya saya. Doakan saya ye Alon.. hehehe..

Sunday, October 3, 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.