Saturday, October 9, 2010

Salah tangan

Yuhu!

Hadoi!! Dah setahun lebih bertunang baru saya sedar sesuatu. Tadi tengok gambar kawan bertunang. Dia bertunang 2 oktober lepas. Huh! Ramai jugak kawan saya bertunang pada tarikh tu. Tengah belek2 gambar dia kat facebook.. tetibe teringat sesuatu.. Tapi masa tu rileks lagi. Pastu tengok gambar kawan yang lain pulak bertunang.. Wah,hati ni dah rasa goyang skit. So,nak kepastian..google la.. tengok gambar2 majlis tunang orang2 yang saya sendiri pun tak knal. Sahih! Saya dah salah jari masa mak alon sarungkan cincin tu.. Mm..actually,salah tangan.. Patutnya cincin tunang, sarung cincin kat jari manis tangan kiri. Yang saya plak masa majlis tu..suka2 ati jer hulur tangan kanan. Apa lagi, mak alon pun sarungkan jela! hehehe..  Tapi klakar jugak sebab takde org perasan pun saya dah tersalah hulur tangan.. hihihi..

see..kan dah cakap tadi..salah hulur tangan.. hehehe..


Tuesday, October 5, 2010

Yahu!Dapat Kelulusan Cuti Blaja

Yuhu!

Alhamdulillah.. akhirnya setelah berusaha berbulan2 dpt gak kelulusan cuti tanpa rekod tu.. Hiphip hooray! Syukur..sebab smua yg di rancang berjalan dgn lancar. Mula2..dpt surat pengesahan jawatan , then dpt cuti tanpa rekod. Pasni rasanya apa berita baik yg akan muncul ye? KWSP? hahaha..duit itu akan ku simpan untuk kegunaan further study ku.. hehehe.. Mmm.. bulan nov hingga dis nanti 3 minggu la saya tak masuk ofis. Wah,nampaknya kena setelkan semua keje sblm saya bercuti nih. Caiyok! Caiyok! Bersemangatnye nak blaja semula.. Semoga semangat ni tak hangat2 tahi ayam jer. Biasala..dah keje kan?Lebih2 lagi blaja cara PJJ. Takot saya tak kuat semangat jer. Kawan2..tolongla doakan supaya saya berjaya dgn cemerlang dlm pelajaran saya ni ye.hehehe..

Alon,saya buat semua ni untuk masa depan kita. Terima kasih sebab sentiasa bagi galakan & sokongan kat saya. Terima kasih sebab lakukan pengorbanan tu untuk saya. Terima Kasih.. terima kasih.. dan terima kasih cyg..hahaha. Kita sama2 bina kehidupan masa depan kita ye..  Awak dgn kerjaya awak. Saya dengan kerjaya saya. Doakan saya ye Alon.. hehehe..

Sunday, October 3, 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, September 17, 2010

Pre Wedding Gempak

Yuhu!

Sekarang ni macam2 idea kreatif untuk menghasilkan pre wedding photoshoot kan? Benda ni sebenarnya ikut kreativiti bakal pengantin tu sendiri nak buat tema apa dan juga kretiviti photographer untuk menghidupkan suasana time tu. Kalau dapat photographer yang 'ala-kadar' jer..rugila bayar. Kadang2 bakal pengantin ni malu untuk ber'posing' dpn kamera. So, dah jadi tanggungjawab si jurukamera la untuk bagi idea dan buat bakal pengantin tu rasa selesadan tak kaku . Barula gambar yang di ambil tu macam idup jer. Btol tak? Tapi tula..nak cari idea utk pre wedding ni..kena perah otak..
Tadi google.. meh tengok apa yang saya rasa antara yang terbaik..


sorry..lupa ambil web awak..


Thursday, September 16, 2010

Button Badge

Yuhu!


Dalam entry kali ni,saya nak cerita tentang button badge. Sebenarnye dah lama survey tentang button badge ni. Haritu ada terbaca di page B2B tu (alamak..nama tak ingat).. masa wedding dia nanti, ahli keluarga akan pakai button badge ni untuk memudahkan tetamu mengenali sape mak, ayah, adik bradik, makcik, pakcik, sedara si pengantin nih. Kiranya button badge ni akan ganti corsages la.. Kalau dulu2 masa kenduri kawen,family dan penangga akan pakai bunga yang diselit dengan duit kertas seringgit tu kan? So, button badge ni kirenye idea terbaru la..(mm..sebenarnya tak baru mana pun..haha). Yang bagusnye button badge ni boleh tulis-ayah pengantin, mak pengantin, kakak pengantin, makcik pengantin or sape2 jela.. So tetamu tak kelirula nak cari mak pengantin nanti. Maklumla, biasanya masa majlis kawen..pakaian family smua ikot tema warna kan? Kadang2 bukan jer family, kawan2 pun akan pakai baju ikot kaler tema (termasukla saya..haha). Bila smua dah pakai sedondon..susahla nak cari mak pengantin nye. Btol tak? Nasib baik la ada button badge. Ewah! Kepada sesiapa yang berhajat nak buat button badge ni, mehla usha2 web di bawah ni..


Price : Kalau order 1pc = RM3. Tapi kalau 4 pcs = RM10.
Saiz : 4.3 cm
Printing : Laser with full color
Material : Steel


Harga ikot kuantiti yang nak ditempah. Makin banyak kuantiti,makin murah la. 
Kiranya berbaloi la kalau nak order banyak2 kat diorang ni..harga makin murah.
saiz : 2 inci


Sunday, September 12, 2010

Projek AI 2

Projek AI (Cinta) 2


Yuhu..

Tarikh mula projek : 13 September 2010
Projek dijangka siap :  13 November 2010



InsyaAllah.. bila dah siap, saya akan share dengan B2B yang lain ye. Tunggu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Yuhu!


Entry kali ni, saya nak wish kawan2 semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Duit raya, takde yer. Saya kena simpan duit utk kawen. hehehe.. Tahun ni..tahun terakhir saya beraya sebagai seorang anak dara. Next year,dah tukar title -> mak dara. Eh, ada ke macam tu? hahaha. Tahun depan saya akan beraya sebagai seorang isteri. Nampak gayanya tahun depan kena o-som lah dengan Incik Alon nak beraya kat sg. petani or kl. huhuhu.. Incik Alon, nanti jgn rebut2 tau! hehehe..