Friday, November 19, 2010

Guestbook saya dah siap!

Yuhu!

Petang semalam dapat panggilan telefon dari Khor Hei Ling.. ewah, sebut nama penuh gitu! Hei Ling bagitau Gusetbook yang saya tempah haritu dah siap. Dia hantar ptg semalam dan dijangka sampai arini. Wah, tak sabar nak tunggu guestbook tu. Mm..sebenarnya saya teringin nak buat guestbook mcm B2B yang lain. Bila tengok hasil DIY guestbook dorang kat dlm blog, rasa mcm jeles pun ada.. hahaha.. Dorang sgt kreatif! Tapi tula, masa tak mengizinkan saya nak kreatif2 ni. Projek DIY saya pun banyak yang tertangguh. Tak tahu bila nak siap! hahaha.. Tarikh kawen dah nak dekat! Harap2 sempatlah.

Tentang guestbook yang saya tempah tu.. sebenarnya saya dah booking sejak bulan jun dulu..Masa tu ada Pameran Pengantin di Midvalley. Mm..ingat lagi, time tu saya pergi sorang2. hehehe.. Saya mmg suka pergi sorang2 kat tempat2 mcm tu. Bolehla tengok lama2 sikit. Ha..masa kat pameran tu jugak saya booking OP. Lain kali saya buatkan 1 entry pasal OP saya yer. Kat booth guestbook tu, saya bukan jer booking guestbook..tapi jugak notepad dan kalender. Korang boleh bayangkan tak,byk tak duit yang bakal keluar dari dompet saya? hahaha.. Sebenarnya,kat pameran pengantin adalah masa yg paling sesuai untuk kita booking itu..  ini.. itu.. ini.. itu..ini  hahaha.. Yela, smua harga murah2.. PROMOSI HANGAT! So,jgnla lepaskan peluang ye kalau lain kali ada pameran pengantin.

Lepas jer pameran tu,saya terus letak resit booking dalam 'fail kawen' dan buat tak paham. Sampailah akhir bulan 9, syarikat tu call untuk ingatkan saya mengenai tempahan tu dan minta bagi gambar. hehehe. Apa lagi..kelam kabutla saya selongkar folder2 dlm lappy ni.. Cari punya cari.. saya buat keputusan untuk letakkan 2 gambar di guestbook saya tu nanti..Gambar2 yang bertuah tu.....jeng jeng jeng....

Ni gambar pertama

dan.. ni gambar kedua

Mesti korang semua tertanya2 kan..kenapa gambar kami jadi macam tu? hahaha.. sajer je. Nanti tak surprise la masa kawen. Yela, kawan2 1 tempat blaja dulu semua nak tahu siapa orangnya yg berjaya mencuri ati saya ni.. Semua tertanya2..sebab dulu saya ni jenis kasar skit..,tomboy, ramai kawan laki dari kwn pompuan. Kalau pegi kuar jalan2 je mesti dgn lelaki. Sebab tula dulu org cop saya playgirl sebab asik jumpa tengah jalan,saya ada dgn laki yang berlainan. Padahal dorang semua tu kawan je. huhuhu. So,kalau korang nak tahu alon kesayangan saya tu, datanglah ke majlis kami ye. yeeha!

Kenapa muka saya sensored jugak? haha.. sebab gambo majlis tunang jela saya pakai make up. Lain2 gambo..tak pakai sbb tak reti. hahaha.. Nanti orang dah biasa tengok muka saya bertepek make up,majlis kawen nanti tiada 'WOW' , 'HUIYOO', 'HULAMAK'.., dan sebagainya.. hahaha

No comments:

Post a Comment