Friday, December 31, 2010

Projek AI 5

Yuhu!!

Hai korang.. hari ni CUTI! Seronok tak? Yeaahhoo!!Terima kasih PM. Terima kasih team bolasepak Malaysia.. Proud 2 b Malaysian.. Tarikh kawen saya dah makin hampir. Banyak lagi benda yang tak settle. Dari borang nikah sampai la barang2 kawen.. Huh! Adoi, bila lah nak dpt surat kebenaran nikah Alon dari jabatan dia tu? Ptg ni ayahanda ku mahu 1 family dok berbincang tentang majlis kawen.. huhu.. Abisla.. mesti terkantoi..byk lagi benda tak siap! hikhik.. Jgn marah adik ye abah,bulan disember btol2 bz sbb sambung blaja, buat assignment dan keje.. hikhik.. Start bln 1 ok skit kot (yela tu,padahal dateline dua assignment 15 jan 2011).. hehe..Nak kena bertungkus lumus la pulak!

Oh ye..masa saya kursus intensif kat USM 3 minggu aritu, saya ada beli sesuatu. Nak tengok tak apa yg saya beli?

Sila fokus kpd yg huruf2 tu ye..bukan kerongsang ok!

Yeh..saya beli kerongsang & huruf2! hehe.. Takde la gempak mana pun barang yg saya beli tu.  Macam la kat KL takde benda2 tu kan?hahaha.. Mm.. masa tengah pilih2 kerongsang, saya ternampak huruf2 mcm gambo kat atas ni. Huruf2 tu untuk letak kat rantai,gelang,sepit rambut or boleh buat keychain. Tetibe saya dapat 1 idea best untuk wedding saya nanti. Maka, secara otometiknye bertambahlah lagi 1 projek DIY saya.. hehehe..
Nak tengok hasilnya? Tunggu..

InsyaAllah, bila dah siap nanti.. saya akan share dengan korang semua.. Tunggu...

Monday, December 27, 2010

Intai : Projek DIY AI 4 (Part I)

Yuhu!

Hari ni saya tulis post yg ringkas jer la... Ingat lagi tak dalam post terdahulu, saya ada tulis tentang PROJEK AI 4. Post tu disini. Saya masih lagi dalam proses menyiapkan DIY saya yang ke 3. hehehe.. Banyak projek DIY tertangguh sebab haritu sambung blaja di USM. 

Ni saya tengah jahit dengan penuh kasih sayang ye


Jahit..jgn tak jahit.. Comot kan saya jahit tu? hahaha.. nak cepat.. masih ada 79 keping yg perlu dijahit ye kawan2 semua.. huhuhu.. Sila abaikan bantal busuk saya yg kaler merah tu yer..

*Alon,beruntung kan awak dapat bini yang pandai jahit..Cet! Puji diri sendiri..

Sunday, December 26, 2010

Kat mana nak tempah bunting kawen?

Yuhu!!

Hai korang.. ada saper2 tahu tak kat mana boleh saya tempah banner or bunting kawen area kuala lumpur ni? Harap2 syarikat printing tu ok la.. tak mau jadi macam tragedi kad kawen saya tu.. Bermasalah... Sebenarnya kat tempat saya tempah kad kawen tu ada skali untuk tempah banner but saya tak berani amik risiko lagi skali.. huhuhu.. Tak mau ati ni terluka skali lagi. Cewah! Ayat hampeh! Korang tahu tak kat mana boleh saya tempah banner ni? Any suggestion?

Thursday, December 23, 2010

Hari yang busy

Yuhu!

Arini sungguh sibuk. Pagi2 dah kena gi mahkamah bawak kes. Then alik kejap settlekan borang2 keperluan untuk Program Matrik. Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar. Nasib baik ada mary, syuffi and izzati. Yippie! Tapi program tak abis lagi,dah kena berlari gi buat saringan urin di jabatan kerajaan. Nasib baik tadi meeting di Pejabat Daerah dah minta wawa wakilkan. Kejap lagi nak pegi Pejabat Agama,nak bincang hal nak buat program untuk kes.Kelam kabut jugak bila hanya tinggal sorang jer pegawai kat opis. huhu.. Tapi takpela, dulu pernah jugak jadi mcm ni. Harap2 sepanjang bos cuti,takdelah masalah besar kat opis ni. Yelah, takmau kacau bos bercuti. harap2 boleh la saya handle hal pejabat ni dgn baik.Caiyok! Caiyok!

Tadi terima kad kawen dari kawan. Kad kawen anak dia. Cantiknye.. Tetibe teringat kad kawen saya. Mm..kad kawen saya biasa jer. Takde kilat2, takde kerawang2,sampul takde corak2.. Rasa macam rendah diri dan segan pulak nak bagi kat orang. Tapi mary cakap..bagi jelah.. Dah buat pun! Lagi pun, ada ramai lagi org yg guna kertas biasa jer buat kad kawen. Rileks jer dorang. huhuhu.. Thanks yer mary..tetibe saya dah bersemangat semula.Mm..biarla kalau kad kawen saya tak cantik ke, murah ke, atau apa2 jer.. Asalkan kad tu ada tulis nama saya & alon,ada jemput tetamu hadir majlis dan ada peta. Tu kira dah lengkap la tu. hehe.. Saper yg ada terima kad kawen saya tu..jgn la kutuk2 yer.. Saya tahu,kad saya tu pelik!

Tuesday, December 21, 2010

Cari hantaran kawen Part 1

Yuhu!

Hai..korang!! Semalam saya cuti..arini cuti lagi.. Yahuu!! Bestnye. Alik dari blaja, saya amik 2 hari cuti sebab nak bagi coolkan otak ni dulu sblm masuk opis.(huh!nampak sgt kat opis tu byk keje). Tadi anak buah call,bagitahu bos sudah cuti sampai akhir tahun. Huiyoo!! Nampak gayanye mulai esok,'memangkuk' lagi skali ler. Eh, memangkuk = memangku. Sajer guna ayat memangkuk tu. Tradisi opis kami! huhuhu..Yap! Sudah ready untuk pegi keje semula. Ucapan utk bos: Bos, don't worry..saya akan jaga opis baik2 ok. hehe

Semalam gi dating dgn alon. Gi tengok wayang cite Ngangkung. Best sgt sebab citer tu berjaya buat saya menjerit terkejut! HHHUUAAARRGHHH!!Alon siap gelak2kan saya. Ceh! Semalam jugak alon telah berjaya dalam misinye mencari perfume untuk hantaran kawen. Yes! Tahniah! Tahniah! Saya? Masih tak berjaya lagi la dalam misi membeli perfume ni. Saya kan tak berapa gemar dgn perfume. hahaha.. Mcm mana ni? adoi.. Boleh ke masa hantaran nanti,saya takmau letak perfume tapi saya letak alat solek?huhuhu..


promoter tu tengah calculate harga perfume tu.. 

Huiyo!!Alon beli perfume tu dapat freegift beg besar! Bukan main suka la si alon tu!Huh!Adoi..byk betullah bau perfume semalam.. Sampai sakit idung.. Alon selsema,so saya la yg kena bau. Saya ngelat2..biar alon jer yg dok berbual dgn promoter tu (saya kan tak pandai nak bau2 perfume ni) tapi tetibe alon ckp "Awak pilihla bau mana yg awak suka sebab nanti kita akan tinggal bersama. Hari2 awak akan bau perfume tu". Wah..sgt sweet la ayat alon tu. Terus tetibe ada aura apa tah meresap dlm diri ni. huhuhu.. Yes! saya suka bau perfume yg alon beli tu! Alon, kamu sgt sweet la!! huhuhu..nasib baik alon tak tahu blog ni.. saya segan nak puji dia depan2..hahaha..

Monday, December 20, 2010

Cincin tunang telah kembali ke jari!

Yuhu!

Ingat tak dulu saya ada cerita tentang cincin tunang alon yang hilang tu? Saya dah cite kat post disini.
Tadi, keluar dengan alon. hehehe.. Dating la.. dah sebulan tak jumpa kan. Lagi pun gi tengok barang2 hantaran. Masa masuk kereta, tetiba alon tunjuk jari dia. Wah! Cincin tunang tu dah ada semula di jari alon! Yippie! Rupa2nye, masa operasi aritu..alon tanggalkan cincin tu dan masukkan dalam jaket dia. Member dia pulak pinjam jaket tu. Patutla alon cari cincin tu merata2 tapi tak jumpa! Ceh! Happy nye.. sebab cincin tu dah ada semula di jari alon... Huh! alon ni dah jadi pelupa la.. Tak ingat mana dia letak barang2.. Kena makan kismis ni!!

Wednesday, December 15, 2010

19 Hadith mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Wallahu wa'lam..

Saya amik maklumat ni dari sini ye..