Friday, December 31, 2010

Projek AI 5

Yuhu!!

Hai korang.. hari ni CUTI! Seronok tak? Yeaahhoo!!Terima kasih PM. Terima kasih team bolasepak Malaysia.. Proud 2 b Malaysian.. Tarikh kawen saya dah makin hampir. Banyak lagi benda yang tak settle. Dari borang nikah sampai la barang2 kawen.. Huh! Adoi, bila lah nak dpt surat kebenaran nikah Alon dari jabatan dia tu? Ptg ni ayahanda ku mahu 1 family dok berbincang tentang majlis kawen.. huhu.. Abisla.. mesti terkantoi..byk lagi benda tak siap! hikhik.. Jgn marah adik ye abah,bulan disember btol2 bz sbb sambung blaja, buat assignment dan keje.. hikhik.. Start bln 1 ok skit kot (yela tu,padahal dateline dua assignment 15 jan 2011).. hehe..Nak kena bertungkus lumus la pulak!

Oh ye..masa saya kursus intensif kat USM 3 minggu aritu, saya ada beli sesuatu. Nak tengok tak apa yg saya beli?

Sila fokus kpd yg huruf2 tu ye..bukan kerongsang ok!

Yeh..saya beli kerongsang & huruf2! hehe.. Takde la gempak mana pun barang yg saya beli tu.  Macam la kat KL takde benda2 tu kan?hahaha.. Mm.. masa tengah pilih2 kerongsang, saya ternampak huruf2 mcm gambo kat atas ni. Huruf2 tu untuk letak kat rantai,gelang,sepit rambut or boleh buat keychain. Tetibe saya dapat 1 idea best untuk wedding saya nanti. Maka, secara otometiknye bertambahlah lagi 1 projek DIY saya.. hehehe..
Nak tengok hasilnya? Tunggu..

InsyaAllah, bila dah siap nanti.. saya akan share dengan korang semua.. Tunggu...

Monday, December 27, 2010

Intai : Projek DIY AI 4 (Part I)

Yuhu!

Hari ni saya tulis post yg ringkas jer la... Ingat lagi tak dalam post terdahulu, saya ada tulis tentang PROJEK AI 4. Post tu disini. Saya masih lagi dalam proses menyiapkan DIY saya yang ke 3. hehehe.. Banyak projek DIY tertangguh sebab haritu sambung blaja di USM. 

Ni saya tengah jahit dengan penuh kasih sayang ye


Jahit..jgn tak jahit.. Comot kan saya jahit tu? hahaha.. nak cepat.. masih ada 79 keping yg perlu dijahit ye kawan2 semua.. huhuhu.. Sila abaikan bantal busuk saya yg kaler merah tu yer..

*Alon,beruntung kan awak dapat bini yang pandai jahit..Cet! Puji diri sendiri..

Sunday, December 26, 2010

Kat mana nak tempah bunting kawen?

Yuhu!!

Hai korang.. ada saper2 tahu tak kat mana boleh saya tempah banner or bunting kawen area kuala lumpur ni? Harap2 syarikat printing tu ok la.. tak mau jadi macam tragedi kad kawen saya tu.. Bermasalah... Sebenarnya kat tempat saya tempah kad kawen tu ada skali untuk tempah banner but saya tak berani amik risiko lagi skali.. huhuhu.. Tak mau ati ni terluka skali lagi. Cewah! Ayat hampeh! Korang tahu tak kat mana boleh saya tempah banner ni? Any suggestion?

Thursday, December 23, 2010

Hari yang busy

Yuhu!

Arini sungguh sibuk. Pagi2 dah kena gi mahkamah bawak kes. Then alik kejap settlekan borang2 keperluan untuk Program Matrik. Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar. Nasib baik ada mary, syuffi and izzati. Yippie! Tapi program tak abis lagi,dah kena berlari gi buat saringan urin di jabatan kerajaan. Nasib baik tadi meeting di Pejabat Daerah dah minta wawa wakilkan. Kejap lagi nak pegi Pejabat Agama,nak bincang hal nak buat program untuk kes.Kelam kabut jugak bila hanya tinggal sorang jer pegawai kat opis. huhu.. Tapi takpela, dulu pernah jugak jadi mcm ni. Harap2 sepanjang bos cuti,takdelah masalah besar kat opis ni. Yelah, takmau kacau bos bercuti. harap2 boleh la saya handle hal pejabat ni dgn baik.Caiyok! Caiyok!

Tadi terima kad kawen dari kawan. Kad kawen anak dia. Cantiknye.. Tetibe teringat kad kawen saya. Mm..kad kawen saya biasa jer. Takde kilat2, takde kerawang2,sampul takde corak2.. Rasa macam rendah diri dan segan pulak nak bagi kat orang. Tapi mary cakap..bagi jelah.. Dah buat pun! Lagi pun, ada ramai lagi org yg guna kertas biasa jer buat kad kawen. Rileks jer dorang. huhuhu.. Thanks yer mary..tetibe saya dah bersemangat semula.Mm..biarla kalau kad kawen saya tak cantik ke, murah ke, atau apa2 jer.. Asalkan kad tu ada tulis nama saya & alon,ada jemput tetamu hadir majlis dan ada peta. Tu kira dah lengkap la tu. hehe.. Saper yg ada terima kad kawen saya tu..jgn la kutuk2 yer.. Saya tahu,kad saya tu pelik!

Tuesday, December 21, 2010

Cari hantaran kawen Part 1

Yuhu!

Hai..korang!! Semalam saya cuti..arini cuti lagi.. Yahuu!! Bestnye. Alik dari blaja, saya amik 2 hari cuti sebab nak bagi coolkan otak ni dulu sblm masuk opis.(huh!nampak sgt kat opis tu byk keje). Tadi anak buah call,bagitahu bos sudah cuti sampai akhir tahun. Huiyoo!! Nampak gayanye mulai esok,'memangkuk' lagi skali ler. Eh, memangkuk = memangku. Sajer guna ayat memangkuk tu. Tradisi opis kami! huhuhu..Yap! Sudah ready untuk pegi keje semula. Ucapan utk bos: Bos, don't worry..saya akan jaga opis baik2 ok. hehe

Semalam gi dating dgn alon. Gi tengok wayang cite Ngangkung. Best sgt sebab citer tu berjaya buat saya menjerit terkejut! HHHUUAAARRGHHH!!Alon siap gelak2kan saya. Ceh! Semalam jugak alon telah berjaya dalam misinye mencari perfume untuk hantaran kawen. Yes! Tahniah! Tahniah! Saya? Masih tak berjaya lagi la dalam misi membeli perfume ni. Saya kan tak berapa gemar dgn perfume. hahaha.. Mcm mana ni? adoi.. Boleh ke masa hantaran nanti,saya takmau letak perfume tapi saya letak alat solek?huhuhu..


promoter tu tengah calculate harga perfume tu.. 

Huiyo!!Alon beli perfume tu dapat freegift beg besar! Bukan main suka la si alon tu!Huh!Adoi..byk betullah bau perfume semalam.. Sampai sakit idung.. Alon selsema,so saya la yg kena bau. Saya ngelat2..biar alon jer yg dok berbual dgn promoter tu (saya kan tak pandai nak bau2 perfume ni) tapi tetibe alon ckp "Awak pilihla bau mana yg awak suka sebab nanti kita akan tinggal bersama. Hari2 awak akan bau perfume tu". Wah..sgt sweet la ayat alon tu. Terus tetibe ada aura apa tah meresap dlm diri ni. huhuhu.. Yes! saya suka bau perfume yg alon beli tu! Alon, kamu sgt sweet la!! huhuhu..nasib baik alon tak tahu blog ni.. saya segan nak puji dia depan2..hahaha..

Monday, December 20, 2010

Cincin tunang telah kembali ke jari!

Yuhu!

Ingat tak dulu saya ada cerita tentang cincin tunang alon yang hilang tu? Saya dah cite kat post disini.
Tadi, keluar dengan alon. hehehe.. Dating la.. dah sebulan tak jumpa kan. Lagi pun gi tengok barang2 hantaran. Masa masuk kereta, tetiba alon tunjuk jari dia. Wah! Cincin tunang tu dah ada semula di jari alon! Yippie! Rupa2nye, masa operasi aritu..alon tanggalkan cincin tu dan masukkan dalam jaket dia. Member dia pulak pinjam jaket tu. Patutla alon cari cincin tu merata2 tapi tak jumpa! Ceh! Happy nye.. sebab cincin tu dah ada semula di jari alon... Huh! alon ni dah jadi pelupa la.. Tak ingat mana dia letak barang2.. Kena makan kismis ni!!

Wednesday, December 15, 2010

19 Hadith mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Wallahu wa'lam..

Saya amik maklumat ni dari sini ye..

Tuesday, December 14, 2010

Lukisan Untuk Alon

Yuhu!

Hi.. korang..pagi2 buta ni sajer jer nak share sesuatu dengan korang.. Saya sebenarnye takla pandai sangat lukis pun.. tapi saya jer cube2 lukis demi cinta hati ku itu.. Dulu..setiap kali genap sebulan kapel..mesti saya akan buat kad utk alon.. Setiap bulan, mesti alon akan terima kad DIY dari saya..hehehe.. Saya seorang yg romantik ok walaupun pada luaran nampak agak rock! Perasan! hahaha.. Cukup setahun..saya stop buat kad sebab MALAS! hahaha.. sorry alon.. Yang gambar kad bawah ni..saya tengah syok melukis utk buat kad alon la ni.. Kalau tak silap, ni kad untuk bulan nov 2008. meh kita tengok..

kusyuk melukis ni.. sumber rujukan dari MMS yang dihantar dan ingat dalam otak apa situasi yg berlaku masa gi dating..hehe

Untuk pengetahuan korang, mmg cara saya pegang pen/pensil camni ok.. Pelik tak?

ni..sambung lukis kat opis..hehehe... Bila bos masuk bilik opis saya,konon2 saya tengah baca buku akta. Bos keluar,sambung melukis..hahaha.. Jgn marah ye bos..

haa...akhirnya siap jugak lukisan saya! hehehe.. Ni bahagian dalam kad..

Tara...nii bahagian luar kad... Cantik tak?hahaha.. Bagi kad kaler pink untuk lelaki! hahaha..
Mmm..Kad 4 bln kami bercouple..huhuhu... Best!Best!

Sunday, December 12, 2010

Kesudahan kad kawen ku

Yuhu!

Tadi baru baca email dari syarikat printing kad kawen saya. Diorang akan bertanggungjawab atas kad2 kawen saya yg ngeri tu. Bagusnye! Diorang akan ganti baru 100 keping. Huh! Kali ni diorang cakap akan double check sebelum pos kepada saya. Yang paling terkejut saya dengar, kali ni diorang hantar design kad saya tu kat syarikat printing lain sebab tak mahu kejadian2 yang tak diingini berulang kembali kot. Diorang cakap even kos printing kali ni agak mahal skit asalkan saya puas ati..Yippie! Lega saya dengar. Yela, dah dua kali saya makan hati dgn kad2 ngeri saya tu. Harap2 kali ketiga ni semua ok la. Alon pulak siap gelak2kan saya sebab saya dulu eksyen kat dia yg saya dah siap tempah kad kawen. Tapi akhirnya kad kawen dia yg siap dulu. Saya punya dah dua bln tak siap2.hehe.. Ceh!eksyen pulak alon ni! Ayahanda saya pun dah tanya pasal kad kawen. Saya terpaksa jela ngaku kad dah siap tapi ada kesilapan..so,kena betulkan semula. hehe..

Lepas dapat kad kawen ni..nak kena 'touch-up' plak.. adoi..Sebab tula aritu saya tempah kad awal2 sebab saya nak buat sesuatu di kad tu. Tapi skrg lambat jugak la saya terima kad tu. Ada jugakla yg kena bersengkang mata malam2 nak siapkan kad2 tu..huhuhu.. Apa2 pun harap impian kad kawen DIY saya tu akan menjadi bombastik walaupun takla DIY sepenuhnya.. hahaha.. Mahu tengok kad kawen DIY saya?
Tunggu...


ni design kad kawen saya..hehe.. saya takde idea,pastu hentam jela.. Kira ok la tu.. Harap2 ayahanda saya tu tak komen sebab takde rupa langsung mcm kad kawen. tu blom tengok dlm dia lagi.. hahaha..

Alternatif guestbook

Yuhu!

Dalam post yang sebelum ni,saya ada kongsi gambar2 wedding guestbook yang mungkin boleh dijadikan idea untuk DIY guestbook korang nanti.. Post tu disini

Hah? guestbook dah ketinggalan zaman? Nak idea baru? Korang nak idea canggih ke, pelik ke, atau sweet?
huhuhu.. Apa2 jom google..

IDEA PERTAMA



ini namanye main cop2 jari.. Ye!! tetamu akan tinggalkan cop jari di frame tersebut. Lepas cop jari tu,jgn lupa tulis nama kat cop jari tu pulak.. Kang tak tahu jari sapa la tu ek.. hehehe.. So,lepas abis majlis kawen, gambar pokok yg pada awalnye ada ranting tu jer telah penuh dengan rimbunan daun2(cop2 jari tetamu). Kalau mau pokok korang tu cantik,sediakanlah dakwat cop jari tu warna-warni. So, daun2 pokok tu akan cantik! Dan kalau ada saper mau buat idea macam ni, jgn lupa sediakan tisu ek untuk tetamu.. Yela,nak lap dakwat yg melekat kat jari dorang.hehe.. Idea ni macam best je kan? Lepas kawen, kita boleh gantung frame tu kat umah..

* Saya sangat suka idea cop jari ni..tapi saya dah ada guestbook.. uwaa...

IDEA KEDUA




ni gambar asal.. dinding to kosong jer. cuma ada petak2 kelabu 

Taraa... cara kedua ni pulak..tetamu akan diberikan sampul surat (boleh pilih ye nak warna apa).. dalam sampul tu memang dah tersedia kad kecik. Tetamu hanya perlu tulis nama n ucapan di kad tu. Then, tetamu boleh pilih nak tampal sampul tu kat kotak kelabu yg mana kat dinding tu.. Best kan? Kalau korang nak buat idea mcm ni..kena sediakan 1 board la.. Yela,takkan la korang nak tampal sampul tu kat dinding dewan. Mau kena pelengkung dgn tuan empunya dewan nanti!hahaha.. Lagi satu,korang kena siap2 buat kotak kelabu tu bagi memudahkan tetamu tampal2..kalau tak,comotla nanti. Ha..jgn lupa sediakan doubletape,gam or pin2 kecik untuk tampal sampul tu kat board korang..

IDEA KETIGA


Cara ketiga..guna typewriter untuk tulis nama & ucapan tetamu.. Ini macam klasik jer kan? Tapi kena sediakan seseorangla untuk duduk kat meja typewriter tu.. Yela, type writer ni dah lama tak digunakan. Takut tetamu tak reti nak masukkan kertas.. Lagi satu,kalau takde org jaga kat meja tu,takut budak2 akan syok main dengan benda ni.. Kalau korang nak buat cara ni, carilah typewriter ye..dan jangan lupa sediakan kad2 untuk tetamu nak taip dan kotak/balang untuk masukkan kad2 yg dah siap ditaip.

IDEA KEEMPAT


Cara yang ni sekarang dah ramai org guna. Tetamu akan tanda tangan di frame,pasu or piring yang pihak pengantin sediakan di 'meja guestbook'..  kalau tetamu ramai sgt,abislah penuh frame tu dgn tandatangan.. tu belum lagi kalau ada kawan2 yg siap nak lukis2 lagi..hahaha..

IDEA KELIMA

ini kad kecik2 yg korang boleh buat sendiri.. atau

sediakan kertas macam ni.. tetamu hanya akan isikan maklumat jer.. then

Kad or kertas yg dah siap ditulis akan dimasukkan dlm box macam ni. takpun boleh jugak masuk dalam balang or sangkar.. Yang penting hias bagi cantik ye!!

IDEA KEENAM


Sediakan kad kecik2 yang dah siap bertali dan ranting pokok ye. Pastikan ranting tu stabil. Gambar kat atas ni,ranting macam nak jatuh jer. Tetamu akan amik satu kad bertali tu untuk tulis..dan akan gantung di ranting yg disediakan. Kiranya ni ala-ala 'wishing tree' la..

IDEA KETUJUH






Cara ni pula, pihak pengantin akan sediakan kad kecik2 yg sama coraknye..Tetamu akan tulis dan gantung kat tempat yg disediakan. Oh ya.. tuan umah jangan lupa sediakan penyepit baju dan tempat gantung2 macam kat atas ni ek..

IDEA KELAPAN

Benda kat atas ni saya tak tahu apa namanye. Pihak pengantin sediakan brg2 mcm kat atas ni.. Kad2 kecik kali ni telah diasingkan ikut susunan abjad ok..Sbenarnye sama je dgn cara sediakan kad2 kecik yang penah saya cakapkan tadi tp kali ni tetamu yg nak tulis wish di kad tu kena ikut abjad pertama nama diorang.

IDEA KESEMBILAN
Idea ni agak unik dimana pihak pengantin sediakan lukisan yang tidak bewarna. Tetamu yg hadir diminta mewarnakan sikit lukisan tadi. Kiranya, tetamu tu ada personal touch ler kat lukisan tu..hahaha.. Wahai tetamu,jgn warna comot2 ye sebab lukisan ni akan digantung dirumah sebagai kenang2an.. hehe..


IDEA KESEPULUH




Cara yg terakhir ni gunakan jigsaw puzzle sebagai alternatif guestbook. Sebenarnye..puzzle tu diorang tempah sebabtulah boleh ada nama sendiri kat puzzle tu.. Tapi mungkin puzzle biasa boleh kot.. Minta tetamu tulis ucapan belakang jigsaw puzzle kita tu..hahaha




PERINGATAN:

Kalau korang nak buat guestbook corner,make sure sediakan sebuah krusi ler untuk tetamu duduk nak tulis2. Jangan sampai kena bongkok2. Kesian tetamu tu.. Yang paling ngeri kalau tetamu pompuan yang pakai baju kebaya. Ada gak la buaya2 yang amik kesempatan meng'usha' sesuatu yg menarik.. hehehe.. Dek non! Jangan terlebih tunduk ye..hehehe

Idea Wedding Guestbook

Yuhu!

Di hari ahad yg best ni..meh cuci2 mata dengan tengok wedding guestbook yang cantik2 ni.. Maybe korang boleh dapat idea untuk DIY sendiri korang punya guestbook.. Mari kita google...

Simple but nice!ni boleh DIY sendiri jer kan?


cuba perati btol2..guestbook ni balut guna kertas minyak je kan?


macam buku skrap zaman sekolah2 dulu jer..hehe


green n white...


 senang DIY ni..


Damask..


ni ala-ala gothic la..


ha.. ini sanang nak DIY..


ini ada renda-renda


huh!ni awesome! ni kalau pandai DIY ni mmg guestbook korang akan nampak cantik!


ni nampak mewah kan?kos nak buat ni pun mewah jugak..hahaha


corak stripe pun lawa jugak kan?


ini corak polca dot pulak!


Banyak kan idea2 best? So,nak DIY tak?hehehe.. 



*Sumber gambar: google
Kalu mau tengok website dia, klik pada gambar berkenaan.

Dapat award!! Hiphip hooray!!

Yuhu!

Tetibe rasa epi semacam jer arini sebab saya dapat Award! Beautiful Blogger Award! Wah,baru jer beberapa bulan berblogging, dah dapat award! Bestnye... Hiphip hooray!!


Terima kasih ye kat Cik Syafa sebab baik hati bagi award ni kat saya.. Thank u.. hehehe..

1)Thanks the person who give you this award   * DONE!

2)Link that person at your blogroll   * DONE!

3)Spread to 15 blogger which you think awesome  
Saya mahu share award ni dengan siapa ek? hehehe.. Ni yang nak menjelajah ni...

Saturday, December 11, 2010

Contest : Bunga-Bunga Cinta


Siapa mahu join contest bunga-bunga cinta ni sila la klik disini. Tarikh tamat 24 Disember 2010. Masih ada masa! Cepat! Cepat!




Syarat-syarat contest:
1) Tak perlu nak jadi follower blog aku ni tapi kalau nak jadi jugak, aku tak paksa.
- Walaupun Lina cakap tak kisah sama ada jadi follower dia ke tak..saya tetap nak jadi follower dia!hehe..
Lina, i'm ur follower now!huhuhu..

2) Mestilah bride to be yang akan berkahwin bulan 1/2011 dan seterusnya.
- Yes! Saya B2B yang akan kawen pada bulan Feb 2011.   *LULUS!

3) Terpulang sama ada kamu nak buat entry khas atau emailkan jawapan kepada saya haslina.hairudin@gmail.com
- Saya rajin buat entry khas - ini sebenarnye contest pertama yang saya join ok! Sila bagi tepukan gemuruh! Hiphip hooray!!

4) Jawab soalan-soalan ni :

Siapa nama kamu dan bakal suami kamu? (letak nama samaran pun boleh)
-Nurul Fariha & Mohd Azrol (nama glamer- Alon)    * DONE!

Apa warna tema nikah atau sanding atau tandang (pilih 1 saje majlis) dan ceritakan kenapa pilih warna itu.
-  Tema Majlis Sanding : Hijau dan Putih
Saya pilih warna tema hijau sebab sejak dari sekolah saya memang suka warna hijau. Sebenarnye masa zaman sekolah dulu,warna rumah sukan saya- Hijau. Tu yang sampai sekarang suka hijau. hehehe..Alamak!apa yg saya merepek ni!hehe.. Mm..sebenarnya, majlis kawen saya nanti..temanya 'Garden Wedding'. Pelamin bukan dlm dewan. So,kiri kanan ada rumput & pokok2 bunga. Saya nak majlis tu nanti nampak macam 'hari hijau sedunia'.. Boleh tak? hehehe.. Orang cakap, kalau nak bagi mata ni relaks..tengok benda2 yang warna ijau. So, saya nak majlis saya ni sejuk dimata tetamu (bukan dimata je..tapi dihati skali..hehe). Warna putih pulak? Sebab putih bagi saya pelengkap warna. Gabungkan je putih dgn mana2 warna,gerenti takde masalah. Lagipun putih kan lambang suci & bersih.. Yippie!  *DONE!

Bila majlis tersebut akan berlaku? (bagi b2b yang masih tak tetap tarikh boleh agak-agak je bulan berapa)
- 6 Februari 2011 (Ari Ahad)    *DONE!

Ni soalan mencabar sikit. Cerita dengan penuh perasaan kenapa kamu suka sangat dengan bakal suami kamu tu. 

-Kenapa saya suka sangat dengan si alon tu? hehehe..sebenarnye..bukan takat suka tapi kasih, sayang, cinta,.. wah..wah..

Pertama, ALON BUKAN PLASTIK! (Tak kisah la..plastik bag ke, plastik alas meja ke, plastik balut buku ke). 
Yup! Apa yang dilakukan slama ni.., itula lah dia. Takde nak berlakon2 jadi gentleman ke apa.  Saya tak pernah merasa kalau masuk kereta,dia akan bukakkan pintu untuk saya. (ada tangan,buka sendiri la..).Bila tengok drama kat TV, ada adengan mcm tu..rasa jeles pulak!Tapi, bila fikir2 alik..bagusla. Yelah,cuba fikir..dlm dunia ni ada brapa peratus suami yang akan bukakan pintu kete untuk isteri?  Slalunya zaman bercinta,kalo awek tengah syok makeup dalam umah pun si pakwe dah siap2 buka pintu kete.. Semuanye masa zaman bercinta,masing2 nak jadi PERFECT!Kadang2 sampai berlakon melampau2. Sebab tulah slalu timbul isu, sebelum kawen lain, lepas kawen lain. So,bagusla sebab alon tak pandai berlakon. Sebabnye sepanjang kenal dia,dia tak berpura2 untuk jadi perfect.. 
Sikap bukan plastik alon: Suka Tido! Kat mana2 jer dia akan tido ye.(plus dengkur). Dalam komuter, dalam panggung wayang dan yg terbaru dalam kelas kursus kawen. hehehe.. Tabiat dia tu akan membuatkan org sekitar dia 'terpegun'. hehehe..
*Sahih kan, dia tak pandai nak cover2 or berlakon macho ke hapa.. huhu..


Kedua, ALON TERIMA SAYA SEADANYA. (Thanks cyg!!)
Mm.. alon terima saya seadanya.. Wah segan plak nak cakap pasal tajuk ni.. hahaha.. Seperti yg sedia maklum, saya bukan ler seorang yg comel ok.. huhuhu.. kulit saya hitam manis, rabun,gigi berlapis,tinggi lampai & keding (dlm erti kata lain takde bentuk badan or saya ni ade iras2 tiang), tak pandai make up,tak pandai nak dress up,saya kekurangan baju2 yg ayu2 sebab zaman blaja dulu saya agak rock skit..(kali pertama dating pun..saya pinjam handbag mak..hehe). Alon pulak,berkulit cerah (eh,taklah cerah mana pun!tapi cerah la dari saya..hehe), pandai bergaya, agak smart ler (tu..kawan2 saya ckp ok..saya tak mau puji dia..haha). Banyak jugakla perbezaan antara kami. Dia slalu cakap..cantiknye diana danielle.. comelnye lisa surihani..tp saya tak kisah pun sebab saya tetap di hati alon!hahaha..
Nak bukti? hehehe.. Ada tak lelaki yang diluar sana nak keluar dgn awek yg gigi rongak? Yup! Dulu gigi saya berlapis,so nak betulkan..kenalah pakai braces. Saya kena cabut 3 batang gigi ye sebab nak pakai braces tu. Dalam masa gigi rongak tu..ada hati pulak nak gi berdating(huh!tak sedar diri btol saya nih!). Dulu alon dok kedah,saya kl. Kira cinta PJJ la. Masa nak dating tu,gaji tak kluar lagi..Alon takde duit nak dtg kl jumpa saya. Dia pinjam duit abang dia beli tiket bas untuk jumpa awek dia yg rongak ni..hikhik..  Masa dating,even saya comot masa tu..dia still jalan sebelah saya..takde plak la nak jauhkan diri ke apa.  Harap2 bila dah tua nanti pun..dia akan still jalan sebelah saya. Bukannya sorg di depan, sorang di blakang. hehehe..
 * Tapi skrg saya dah tak pakai braces lagi. Yahu!


Ketiga, SIKAP ALON YG PENYABAR & TAHAN KERENAH SAYA! (hehehe..)
Saya ni lahir dalam bulan november.. Kalo ikutkan kaji selidik yg dibuat.. org yg lahir dlm bln nov ni..emosi dia sukar nak di kontrol,perangai tak dapat diramal,degil dan keras hati .. Huiiyyoo!! Nasib baikla alon ni penyabar orangnye.. huhu.. Salah satu sikap yang memang saya kagum la kat alon - PENYABAR! Dia mmg kalau ada masalah ke hapa..dia releks jer! Takde la macam saya ni..kelam kabut&gelabah semacam sebab tak suka dibebani masalah. Kalau boleh nak setel masalah tu cepat2.Lecturer saya cakap,jenis org yg macam saya ni boleh cepat kena sakit jantung! Wah! tak mahu!Mm..kadang2 bila saya tension kat satu benda/org lain, alon mesti akan jd 'punching bag' saya. Tapi dia takde pun nak marah2 saya smula..hehe. Dia baik kan? Kalau mood saya tengah tak baik, tetibe jer saya akan jadi keras ati. Kalau saya kata putih,maknanya putih la.. tak boleh nak ubah2. Dia pulak,akan ngikut jela kerenah saya! hehe.. beruntung..beruntung..  (ee..nampak mcm saya ni tunang yg teruk kan?eh..saya baik la..tak caya..tanya alon)
*Kawan2 dia pun penah cakap kat saya yg alon ni sorang yg penyabar dan cool..huhu


Kesimpulannya.. saya suka sangat kat ALON sebab dia adalah dia.. Dia tak tiru orang lain dan tak cuba untuk jadi orang lain..


*DONE!

5) Contest ini dimulakan dari tarikh entry dipublish sehingga 24 December 2010 pukul 1 petang (1300 waktu 24 jam)
-Ok..saya akan hantar  20 Disember 2010 * LULUS!

6) Letak gambar di atas sebagai bukti penyertaan =)
- Sudah letak gambar..hehehe..    *LULUS!


7) Sila tinggalkan komen di bawah untuk penyertaan contest.
-Sudah tinggalkan comment..hehe..   * LULUS!

Friday, December 10, 2010

Kolot ke saya ni?

Yuhu!

Sementara menanti kuliah malam ni..saya nak coretkan sesuatu kat entry kali ni.. Mm..saya anak jati k.lumpur.. Memang kampung mak dan abah pun kat kl. Oleh kerana abah pegawai polis, dari kecik memang keluarga kami merantau dari utara ke selatan.. huhu.. dan last skali bertapak semula di k.lumpur. Bagusla..akhirnya dapat gak membesar kat negeri kelahiran saya.. Kuala Lumpur di hati ku!! hehe.. Membesar di kl cepat mematangkan pemikiran saya. Bukan saya cakap dok kat kampung tu fikiran tak matang, kl cepat matang. Maksud saya, perkara2 yang berlaku kat kl.. buat saya cepat 'bukak mata'..

Saya pernah ada sorang kawan laki( dulu kawan,skrg takdela.. tak kuasa nak kawan). Kami selalu bermesej tanya kabar dan sebagainye la. Sampai 1 tahap.., dia boleh cakap 'pelik2' kat saya. Sesuatu yang tak sepatutnya seorang kawan ucapkan! Suka2 dia jer nak raba2 saya. Saya marah dia! Then dia boleh cakap.. "eleh, semua perempuan KL sama je, murah..senang dapat!". Berapi saya baca msg tu! Saya marah sangat sebab kenapa dia perlu samakan saya dengan org lain? kenapa nak cop mcm KL ni la pengeluar pompuan jahat? Teruk betullah mamat tu! Start from that day, mmg saya tak peduli langsung pasal dia! Macam dia tu bagus jer!

Mm..actually,semua tempat sama jer.. Tak boleh la nak cop org negeri tu baik or jahat. Cuma kat sini,saya rasa bersyukur sgt sebab saya adalah saya! Betul2 bersyukur... Ya Allah, terima kasih! Sepanjang 26 thn idup..macam2 yg saya dengar, lihat dan lalui. Allah sentiasa jaga saya dengan baik. Selalu lindungi saya.Alhamdulillah.. Saya bukan nak cakap saya ni baik sangat, suci ke hapa... tapi cukuplah sekadar saya cakap sehingga kini saya tak tahu macam mana bentuk love bite.. Bunyi mcm kolot kan? Kawan2 saya ada jugak yang gelakkan saya sebab saya ni slow bab 'jiwang2' ni.. hikhik.. Tapi bila difikirkan balik,bagusla kolot..sebab sampai kini tubuh saya masih belom ada cop love bite dr mana2 lelaki.. Alhamdulillah..

Ada jugak kawan2 yang tanya takkan kiss2 biasa kat pipi pun tak penah? Yap! Bibir ni masih belum penah lekat kat mana2 pipi laki..dahi lelaki... Alhamdulillah..

Berdakapan?huhuhu...belom penah jugak! Macam mana lah rasanye ye bahagian depan badan wanita ni akan rapat dgn bahagian depan badan laki? Kira melekat gitu! Haiyakk!! Ayat tak boleh blah.. Mahu suami saya yg akan jadi lelaki pertama mendakap saya... Ececeh... (so,kepada bakal suami ku,sekiranya masa bergambar nanti kena buat aksi berdakapan..kalau tetibe saya senyap dan kaku..paham2 jela ek..huhu)

Tidoq dgn lelaki? lagi ler tak pernah... Alhamdulillah... Mahu suami saya yang jadi orang pertama.. ;)

Salam dan cium tangan lelaki? Blom penah. Ini prinsip saya. Saya takkan cium mana2 tangan lelaki lain ye.. Ada yg saya pernah tengok.. kira kalau si awek ni nak alik umah..sblm berpisah dgn pakwe dia, dia akan salam dan cium tgn pakwe dia tu. Itu yg saya tak kenan. So, kalau ada sapa2 yg buat mcm tu..jgn marah saya ye.. Saya cuma bagi pendapat peribadi saya kat sini. Yela, lelaki tu bukannye suami..even tunang pun..dia still bukan suami. So, tak perlulah nak cium tangan dia.. Saya harap tangan lelaki pertama yang saya cium,adalah suami saya..

Macam2 yang saya impikan... Saya harap suami saya akan jadi orang pertama bagi segala2nye dalam idup saya.. Boleh ke macam tu? hehe.. Kolot ke saya kalau saya berfikiran macam tu?



* Mak..Abah.., terima kasih sebab didik adik dengan baik. Disebabkan didikan tu,adik tahu fikir dan bezakan perkara baik dan buruk... Mmg la adik ni nakal..suka bergaduh,tumbuk orang,kasar.. tapi adik takkan kecewakan mak dan abah dlm hal maruah... Itu janji adik! Selagi belum berkahwin...adik akan jaga maruah ni sebaik2nye.. InsyaAllah... Sayang Mak & Abah...

Thursday, December 9, 2010

Lagu Majlis Kawen

Yuhu!

Sekarang ni, lagu 'selamat pengantin baru' dah ada byk versi. Tapi yg paling best versi dulu2 la.. Evergreen! Mm.. kalau korang pulak, korang nak pasang lagu apa untuk majlis korang? Mm..bonda saya tu nak pasang selawat. Yes! itu saya setuju! Pasang selawat masa pengantin nak menuju ke pelamin. Tapi lepas tu.. takkan sunyi sepi jer. Ayahanda saya takmau majlis sunyi sepi. kalau ikutkan majlis kakak saya dulu, ada band. Dulu majlis kakak, buat kat Pulapol Jalan Semarak. So, guna Kombo PDRM le.. (eh,betul ke eja kombo mcm tu? hentam jela). Mm..majlis saya pulak buat kat dewan.. Sbenarnye saya tak berapa suka keadaan yang riuh rendah sgt.. kalau boleh, nak majlis yg santai, romantik, relaks...  hehehe.. Jiwa saya mmg macam tu! Suka sesuatu yg tenang.. Saya tak suka band or karaoke. Sbbnye..telinga saya tak tahan dgr bunyi yg kuat..nanti secara otometik saya akan terbuat reaksi muka pelik2.. Oh no! Saya tak mau jurukamera saya amik reaksi muka pelik saya tu! hahaha. Kalau majlis orang, itu terpulang kat dia la.. tapi kalau majlis saya..jauhkanlah. Saya ni prangai je kasar tapi jiwa lembut ok! hahaha..

Mm.. selain lagu selamat pengantin baru, lagu apa lagi yang best? saya ingat nak pasang lagu cintan cintun yg boleh mengimbau kenangan saya dan alon. Wah..wah.. boleh ke mcm tu? Aritu terbaca kat blog B2B mana tah..terlupa la pulak.. dia pasang lagu2 yang ada kenangan antara pasangan pengantin tu.. Boleh tak kalau saya pun nak buat macam tu? Tapi yang pastinye..saya nak selitkan jugak lagu nyanyian amy mastura.. Tak kira la lagu apa pun.. Sebabnye.. dari dulu saya minat dia (masa kecik2 dulu pernah join Fan Club dia ye.. kumpul duit blanja sekolah sebab nak bayar yuran fan club..hehehe). Ok..kat bawah ni saya ada letakkan acara dan lagu2 yang mungkin..diulang skali lagi.. YANG MUNGKIN (saya ckp mungkin sebab takut idea saya tak diterima nanti oleh ayahanda dan bonda)..akan dipasang masa majlis kawen saya nanti.hehehe.. Kepada kwn2 yang datang tu..sorry ek..sesi karaoke yilek! Sesi dengar lagu,ada ler..haha..
.
.
.
Acara:Pengantin berhenti di pintu gerbang sebelum menuju ke pelamin
Lagu: Selawat
.
.
Acara:Renjis-renjis 'daun pandan' kat pelamin..huhuhu
Lagu: Selamat Pengantin Baru (Pelbagai versi) - Mainkan lagu tu ulang2..hehe
.
.
Acara:Makan beradab 'sopan'.. huhuhu
Lagu: Cintan-cintun*  (lagu kenangan kami rasanya..haha)
.
.
Acara:Potong kek sedap
Lagu: Mana 1 yang paling best? Sila undi..
1. Tercipta untuk  ku -Ungu
2. Dengarkanlah - Glenn & AMY MASTURA (kak amy cayang)
3. This i promise u - Nsync


Ok..mau dok diam2 dan kumpulkan lagu2 itu walaupun tak dapat 'green light' lagi dari ayahanda dan bonda saya mengenai lagu2 ni.. hihihi.. Jangan marah ye.. Cayang abah & mak! Muah..Muah..

Wednesday, December 8, 2010

Gown Kiut Miut

Yuhu!

Huh! tadi baru lepas exam.. lega rasanya..hehehe.. hari ni saya saja2 google tengok gown.. cantik jugak ye kalau pakai gown masa majlis kawen. Itu pun kalau cik empunya blog ni cantik.. haiyak!! Yela, kalau dah cantik, pakai apa pun cantik.. So, kalau yg kurang skit macam saya ni.. hehehe.. pakai dalam mimpi jela kot.. hehehe.. Eh, tapi kuasa make up mampu mengubah segalanya ok! hahaha.. u all akan saksikan wajah ku akan berubah jadi cun masa majlis kawen nanti (perasan!).. Jom cuci2 mata tengok gown kawen..

cantiknye gown ni.. ropol2 tu berbentuk bunga.. huhu.. tapi girl tu lagi cantik!hahaha.. eh, korang jgn pikir lain ye.. huhuhu.. Jiwa saya normal ok!


Gabungan warna maroon dan putih.. cantik!


Gown putih sememangnye sangat cantik! Design ni pun best sebab takla seksi sangat!


pinky!! hehe..


ha..ni saya tahu.. ni gown ala-ala ikan duyung.. btol kan?


kaler ungu.. sape suka kaler ungu? sila angkat tangan..


wah..ada bung2 kat bahagian dada.. cantik..cantik..


wah..wah.. macam2 design dan warna ada! dah ada yang berangan2 ke nak pakai gown masa majlis kawen nanti? Tapi sebenarnya gown sesuai dipakai oleh org yang kurus.. Yelah, sebabnye gown ni dah kembang. Kalau org yang berisi pakai, lagi la nampak kembang. Tapi, kalau tak pakai rugi pulak! So, kepada kawan2 yg agak berisi tu,pakai jela. Bila lagi nak pakai kan? Time kawen ni la kita boleh rasa pakai gown.huhuhu.. Jangan peduli apa orang nak cakap. Duit kita kan? So, kita punya suka la! hahaha..



*Sumber gambar: google
Kalu mau tengok website dia, klik pada gambar berkenaan.