Monday, December 6, 2010

Preview Kad Kawen Versi Ngeri

Yuhu!

Kawan2, meh tengok sama2 kad kawen saya yang ada banyak masalah tu seperti yang pernah saya cakap di post sblm ni. Selama ni saya cuma cakap je kan.. but now buat pertama kalinya saksikan betapa ngerinye kad kawen saya.. Anda sudah sedia?    jeng.. jeng..jeng..



Kesilapan : design saya telah lari & tulisan kat jalanraya peta kaler itam


Kesilapan : design saya telah lari, tulisan kat jalanraya peta kaler putih pulak, ada comot kat muka depan kad kawen ni. Macam ada warna coklat tumpah.


Kesilapan : design saya telah lari, tulisan kat jalanraya peta kaler hitam pulak, warna jalanraya tetiba jadi ijau gelap sehingga tulisan kat jalanraya takleh dibaca, ada comot kat muka depan kad kawen ni. Macam terkena renjisan air.


Kesilapan : design saya telah lari, tulisan kat jalanraya peta kaler putih pulak, alamat blog saya di bahagian bawah kanan kad telah dipotong. Haiyak!! Macam mana org mau baca alamat blog saya tu?



ni pulak gambar yang saya amik guna hp masa mula2 terima kad tu.. Nampak tak apa yang ada kat kad tu?
Kesilapan : ada garisan tah mana datang tah yg kaler coklat tu.. Sebenarnya, tu kad kawen org lain tercetak skali kat kad kawen saya. Then cuba tengok kat bahagian jari yg saya pegang kad tu.. hahaha.. blakang dia telah di print..bahagian dalam kad kosong jer..kaler putih suci bersih!

Mau tengok lagi?
.
.
.
.
.
.
.
Tara... ni pun gambar amik guna hp.. See..ada peta lokasi rumah pengantin sapa tah melekat kat kad kawen saya ni.. Ngeri btol! Bila saya tanya syarikat printing tu..penah ke jadi macam ni? Dia kata, ni pertama kali.. Haiyak! Apesallah yang pertama kali tu terjadi kat saya?


 Kad diatas ni merupakan kat kali pertama yang diorang hantar. Kira kesilapan pertama lah.. Kad kali kedua pulak tak sempat nak scan.. Haiyak! Brapa kali mau buat salah la wahai syarikat printing...

2 comments:

  1. hehehe..bengang masa tu.. tapi skrg dah ok sbb kad tu sudah berjaya saya siapkan..hahaha..best..best..

    ReplyDelete