Yuhu!
Wah!! Tension!! Rasa mau menjerit jer! Tak puas ati! Geram! Marah! Sedih! Kad kawen yang saya idam2kan, tunggu2 slama ni dgn penuh kesabaran tu baru jer saya terima! HUARGHH!! Hotnye hati nih! Aritu syarikat printing tu reprint semua kad2 tu sebab berlaku kesalahan dan comot kat kad tu.. Skrg sama jugak! Adoi! Tension tahap cipan saya dibuatnya! AARRGGHH!! Ngeri! Dah brapa kali silap dan asik ngadu kat syarikat tu.. tapi sampai skrg kad idaman saya tak siap2 lagi..Salah..salah..dan salah.. Asik berlaku perkara yang sama!Apa la nasib kad saya tu! Sahih! petang ni.. akan ku merayap ke carrefour utk gi tempah lain kad kawen.. Tension! Wah..tak pasal2 tambah duit lagi! geram btolla dengan syarikat printing tu!
Tiba2 timbul dalam ati ni, kalau tempah terus kad kawen yang dah ada kat pasaran kan senang. Sibuk sangat nak buat design sendiri, pastu nak kena cari syarikat printing. Ni la akibatnya! Waa..sedihnya..
Sekarang tak tahu sama ada nak teruskan usaha pertahankan design saya tu or amik jer design yang dah ada kat pasaran utk wat kad kawen baru.. Dah macam fobia pulak!Huh! Yg pastinya, tak mau berpaling lagi kat syarikat printing yang byk bagi masalah kat saya tu. Nak cari tempat lain! Tapi sayangla kalau tak guna design saya tu.. penat je design..(walaupun design saya tu tak la cantik pun).. huhu.. Tapi saya tak suka design yang sama macam org lain! So, kesimpulannya kena cari syarikat printing lain! Sempat ke nak cari ni? Esok dah nak berangkat ke penang.. Adoi!!
Meh tengok apa dah jadi pada kad kawen saya..
Wah!!kad saya tetiba ada kaler pink! Tapi nama pengantin bukan nama saya! Korang paham tak apa maksud saya? hahaha.. Macam mana lah kad kawen org lain boleh ada pada kad saya ni? Adoi!!Kakak syarikat printing, majlis kawen kami lain2 la! Kami bukan adik beradik pun sampai nak share2 kad kawen!haiyaakkk!!
Sila tengok dengan teliti ye.. Warna kad ni mcm dakwat printer yang nak habis je kan? Kaler dia TERUK! macam ni ke saya nak bagi kad kpd kwn2. Malu la nak hantar kad kaler teruk mcm ni! Kakak syarikat printing, mcm ni ke hasil yg saya terima? Apesal separuh kad ok, separuh tak ok! Kalau dakwat dah nak abis,gantila dakwat baru.. Kesian kad saya ni. Isk..isk..isk..
No comments:
Post a Comment