Sunday, December 12, 2010

Alternatif guestbook

Yuhu!

Dalam post yang sebelum ni,saya ada kongsi gambar2 wedding guestbook yang mungkin boleh dijadikan idea untuk DIY guestbook korang nanti.. Post tu disini

Hah? guestbook dah ketinggalan zaman? Nak idea baru? Korang nak idea canggih ke, pelik ke, atau sweet?
huhuhu.. Apa2 jom google..

IDEA PERTAMA



ini namanye main cop2 jari.. Ye!! tetamu akan tinggalkan cop jari di frame tersebut. Lepas cop jari tu,jgn lupa tulis nama kat cop jari tu pulak.. Kang tak tahu jari sapa la tu ek.. hehehe.. So,lepas abis majlis kawen, gambar pokok yg pada awalnye ada ranting tu jer telah penuh dengan rimbunan daun2(cop2 jari tetamu). Kalau mau pokok korang tu cantik,sediakanlah dakwat cop jari tu warna-warni. So, daun2 pokok tu akan cantik! Dan kalau ada saper mau buat idea macam ni, jgn lupa sediakan tisu ek untuk tetamu.. Yela,nak lap dakwat yg melekat kat jari dorang.hehe.. Idea ni macam best je kan? Lepas kawen, kita boleh gantung frame tu kat umah..

* Saya sangat suka idea cop jari ni..tapi saya dah ada guestbook.. uwaa...

IDEA KEDUA




ni gambar asal.. dinding to kosong jer. cuma ada petak2 kelabu 

Taraa... cara kedua ni pulak..tetamu akan diberikan sampul surat (boleh pilih ye nak warna apa).. dalam sampul tu memang dah tersedia kad kecik. Tetamu hanya perlu tulis nama n ucapan di kad tu. Then, tetamu boleh pilih nak tampal sampul tu kat kotak kelabu yg mana kat dinding tu.. Best kan? Kalau korang nak buat idea mcm ni..kena sediakan 1 board la.. Yela,takkan la korang nak tampal sampul tu kat dinding dewan. Mau kena pelengkung dgn tuan empunya dewan nanti!hahaha.. Lagi satu,korang kena siap2 buat kotak kelabu tu bagi memudahkan tetamu tampal2..kalau tak,comotla nanti. Ha..jgn lupa sediakan doubletape,gam or pin2 kecik untuk tampal sampul tu kat board korang..

IDEA KETIGA


Cara ketiga..guna typewriter untuk tulis nama & ucapan tetamu.. Ini macam klasik jer kan? Tapi kena sediakan seseorangla untuk duduk kat meja typewriter tu.. Yela, type writer ni dah lama tak digunakan. Takut tetamu tak reti nak masukkan kertas.. Lagi satu,kalau takde org jaga kat meja tu,takut budak2 akan syok main dengan benda ni.. Kalau korang nak buat cara ni, carilah typewriter ye..dan jangan lupa sediakan kad2 untuk tetamu nak taip dan kotak/balang untuk masukkan kad2 yg dah siap ditaip.

IDEA KEEMPAT


Cara yang ni sekarang dah ramai org guna. Tetamu akan tanda tangan di frame,pasu or piring yang pihak pengantin sediakan di 'meja guestbook'..  kalau tetamu ramai sgt,abislah penuh frame tu dgn tandatangan.. tu belum lagi kalau ada kawan2 yg siap nak lukis2 lagi..hahaha..

IDEA KELIMA

ini kad kecik2 yg korang boleh buat sendiri.. atau

sediakan kertas macam ni.. tetamu hanya akan isikan maklumat jer.. then

Kad or kertas yg dah siap ditulis akan dimasukkan dlm box macam ni. takpun boleh jugak masuk dalam balang or sangkar.. Yang penting hias bagi cantik ye!!

IDEA KEENAM


Sediakan kad kecik2 yang dah siap bertali dan ranting pokok ye. Pastikan ranting tu stabil. Gambar kat atas ni,ranting macam nak jatuh jer. Tetamu akan amik satu kad bertali tu untuk tulis..dan akan gantung di ranting yg disediakan. Kiranya ni ala-ala 'wishing tree' la..

IDEA KETUJUH






Cara ni pula, pihak pengantin akan sediakan kad kecik2 yg sama coraknye..Tetamu akan tulis dan gantung kat tempat yg disediakan. Oh ya.. tuan umah jangan lupa sediakan penyepit baju dan tempat gantung2 macam kat atas ni ek..

IDEA KELAPAN

Benda kat atas ni saya tak tahu apa namanye. Pihak pengantin sediakan brg2 mcm kat atas ni.. Kad2 kecik kali ni telah diasingkan ikut susunan abjad ok..Sbenarnye sama je dgn cara sediakan kad2 kecik yang penah saya cakapkan tadi tp kali ni tetamu yg nak tulis wish di kad tu kena ikut abjad pertama nama diorang.

IDEA KESEMBILAN
Idea ni agak unik dimana pihak pengantin sediakan lukisan yang tidak bewarna. Tetamu yg hadir diminta mewarnakan sikit lukisan tadi. Kiranya, tetamu tu ada personal touch ler kat lukisan tu..hahaha.. Wahai tetamu,jgn warna comot2 ye sebab lukisan ni akan digantung dirumah sebagai kenang2an.. hehe..


IDEA KESEPULUH




Cara yg terakhir ni gunakan jigsaw puzzle sebagai alternatif guestbook. Sebenarnye..puzzle tu diorang tempah sebabtulah boleh ada nama sendiri kat puzzle tu.. Tapi mungkin puzzle biasa boleh kot.. Minta tetamu tulis ucapan belakang jigsaw puzzle kita tu..hahaha




PERINGATAN:

Kalau korang nak buat guestbook corner,make sure sediakan sebuah krusi ler untuk tetamu duduk nak tulis2. Jangan sampai kena bongkok2. Kesian tetamu tu.. Yang paling ngeri kalau tetamu pompuan yang pakai baju kebaya. Ada gak la buaya2 yang amik kesempatan meng'usha' sesuatu yg menarik.. hehehe.. Dek non! Jangan terlebih tunduk ye..hehehe

4 comments:

  1. saya suka ida yg pertama..time kasih bg idea ni!!!

    ReplyDelete
  2. saya pun suka idea pertama jugak..tapi sudah ada wedding guestbook.. sudah beli awal2.. so guna tu jela..uuwwwaaa...

    ReplyDelete
  3. i luv ur blog, mmg kalo ada apa2 i akan masuk sini for wedding nya reference~ thumbs up to u ^.^

    ReplyDelete
  4. iii..thank u.. malu lah sebab saya tak sempat update lagi blog ni lepas kawen..hehe.. nanti jenguk2la lagi blog saya ni ek..

    ReplyDelete