Yuhu!
Hai korang.. Arini saya takmau citer hal kawen. Nak cerita pasal topik kat atas tu! Macam gempak je tajuk kan..sampai korang pun klik kat link tajuk ni.. hahaha
Ok..mengikut pengalaman saya la kan.. terdapat 4 jenis ex-boyfren dlm dunia ni.. Bila sebut perkataan ex tu paham2 la kan laki tu dah jadi bekas (bukan bekas pensel or bekas makanan ye).
Jenis Pertama
Ex-boyfren yang perlu kita BUANG JAUH2!! Kalau boleh, pastikan dia tak dapat cari korang lagi!Sukati korangla nak tukar identiti ke apa. Jenis macam ni adalah jenis yg merbahaya.
Contohnya, ex ni cakap " walau apa pun,1 ari nanti saya tetap akan dapatkan awak semula" or "saya takkan lepaskan awak sampai bila2" or yg paling ngeri.. "kalau saya tak dapat awak,org lain pun tak boleh dapat awak". Eee.. sangat ngeri! Ex mcm ni pandai psiko! So, sebelum melarat,jauhkan diri dari dia. Carilah hala tuju baru. Jangan pulak lepas clash,korang tayang pula bf baru depan dia. Kang tak pasal2,esok lusa..kisah korang masuk paper.. Huh! Jauhkan la...
Jenis Kedua
Ex-boyfren yang kita perlu HATI2. Ni jenis ex bf yg kita boleh kawan dgn dia tapi jgn la rapat2 sgt. Yela, mana la tahu kot dia masih memendam perasaan kat korang ke hapa.. Tak pun, ex korang tu dah kawen..tapi masih nak berkawan dgn korang.. So, hati2 la sebab kalo bukan di masih syok kat korang.. mana tahu kot tetiba bini dia pulak syok mahu menghempuk korang! hahaha..
Antara ayat2 yang menyebabkan ex korang diletakkan dlm kategori ni ialah... "awak ingat lagi tak zaman kita berkapel dulu?" or "isteri saya selalu sibuk,tak ada masa utk saya..saya sunyi" atau pun "saya masih cintakan awak". Bila ayat2 mcm tu sudah keluar,korang kena lah hati2 ye.. Kang kalau kita buat dek je..dia kata kita sombong.. So,berkawan boleh tp hati2..
Jenis Ketiga
Jenis Ex-boyfren ALA KADAR. Ex jenis ni..pas clash, korang kawan2 gitu jer.. Takde pendam2 prasaan ke hapa. Jumpa tengah jalan,masih bertegur. Abis borak,buat hal masing2.. hehehe..Kiranya korang berkawan biasa2 je la..
Jenis Keempat
Ex-boyfren yang dipanggil SAHABAT!! Kalau ex korang jenis ni, korang adalah insan yang paling beruntung. Yippie!! hehehe.. Even dah clash pun ex korang tu masih amik tahu pasal korang,masalah korang,boleh jd tempat rujukan korang,.. Mmm..ex tu akan bantu korang tanpa ada apa2 niat tersembunyi ye.. Kiranya ikhlas la tu! Siapa kata lepas clash, ex boyfren tu takleh jadi sahabat?huhuhu.. Malahan..lepas clash..kadang2 hubungan tu akan lebih baik dr masa berkapel dulu.. So, tak mustahil la.. bila ada istilah "Bestfren ku adalah Ex boyfren ku".. hehehe
Ex boyfren korang jenis mana satu? hehehe..Saya? Biarlah rahsia.. Ecececeh..
Mana satu yang korang suka?
"Apabila boyfren jadi bestfren" or "Apabila bestfren jadi boyfren"
No comments:
Post a Comment