Monday, January 3, 2011

Tutorial : Projek AI 3

Yuhu!!

Hai korang.. Disebabkan kad kawen DIY saya dah siap. So, dengan berbesar atinye saya akan share macam mana nak buat kad macam tu ye. Baik tak saya? Cepat ckp saya BAIK! Cepat! hahaha..
Okes..takmau bebel panjang.. Mari start tutorial ni. Bagi tumpuan ye.. Ewah! macam cikgu la pulak!hehehe..

1. Mula2..buat design sendiri. Buat ikut suka hati korang.. Saiz image: lebar 9 inci, tinggi 4 inci. Saya punya tema kawen -hijau putih. Saya suka sesuatu yg simple. So,jadilah seperti design dibawah. Saya guna software Adobe Potoshop CS.

Ini adalah design ketiga saya selepas design pertama dan kedua tak menjadi..hehe



2. Kemudian,potong kad2 kecik yang telah saya tempah sebelum ni.. Dlm gambar kat bawah ni, kad kecik kat sebelah kanan tu kad yg sebelum dipotong ye. Saiz kad kecik ni tak ingat la. Tapi kad ni lebih kurang mcm penanda buku. Tinggi kad ni mesti tak lebih dari 4 inci ye. Takot nanti bila letak kat dlm kad kawen,terjulur la pulak kad kecik ni.


3. Kemudian,bila kad yg ditempah sudah sampai ke pangkuan.. (ewah!).. so apa lagi...kerahkan adik-bradik saya untuk melipat2 kad tu..

wah..rajinnye adik saya si daus ni..hehehe

kakak saya pun rajin! Tapi anak dia lagi rajin.. tangan dia merayap nak amik kad utk dilipat..hehehe..

ni antara kad yg dah siap dilipat! 'Rumah sementara' kamu adalah di dalam kotak printer ye!huahuahua..


4. Okes, kita teruskan ke step seterusnya! Cari kertas putih setebal kad manila, then buat macam kat dlm gambo di bawah ni.. Nampak tak? Ni..buat garis2..



 Dah buat garisan2..then potong ye kad putih tu. Tengok mcm gambo kat atas ni..


Sekarang dah sampai step guna gam ye!saya guna gam stick ni supaya cepat kering jika berbanding dgn gam biasa. Lagi pun gam biasa tu berair la..nanti comot kad kawen tu! Tak mahu!

5. Mula2, gam kertas kecik2 (kaler putih) yang dibuat macam step 4 kat atas tu kat blakang gambar saya & alon. Korang masih boleh ikut ke tutorial ni? Kalau tak paham, sila angkat tangan ye! hahaha..



Lepas gam gambar tu, terbalikkan dia..biar kering. Sorry la mak..penuh karpet ruang tamu dengan benda kecik2 ni..hehehe..


6. Lepas gam dah kering, lipat sikit di bahagian bawah gambar saya & alon tu untuk dijadikan tapak supaya kad kecik tu nanti boleh berdiri bila kad kawen dibuka. Wah, panjangnye ayat.. korang faham tak ni? Kalau tak faham, baca banyak kali sampai faham.. kalau tak faham lagi..email me ok..


sila guna pembaris ye kalau nak lurus!huhuhu..


7. Then, gam kad gambo saya & alon pada kad kawen. Gam di bahagian kad kecik warna putih tu dan tapak kad gambar saya & alon.

ha..buat macam gambar kat atas ni..

8. Seterusnya, himpapkan kad tadi dibawah benda2 yg berat! OOoohh..kotak printer ku! Kamu sangat berjasa kepada tuan cik mu ini..hehehe

sila fokus kpd kad ok bukan kotak itu!

9. Sekarang..kad DIY saya sudah siap!! Bila kad kawen tu dibuka, gambar saya & alon akan berdiri.. Yippie! Akhirnya berjaya jugak buat kad kawen mcm ni walaupun sebelum ni byk rintangan.. ewah!



Okes..sekian saja tutorial untuk kali ni.. Next Projek Ai..saya akan buat tutorial mcm ni lagi.Tapi kena tunggu projek tu siap dulu la. Yelah, mana tahu kot ada yg tengah tercari2 idea untuk majlis kawen korang. Takpe..kita share sama2.. Jumpa lagi!!

3 comments:

  1. rajinnyer...tp kad tu memang cantik!! =)

    ReplyDelete
  2. YA AMPUN KAT ITU SGT CANTIK!!!!
    BOLEH TAK SY NK SATU?

    sue_546@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. boleh..nanti bagi alamat kat email saya ok..hehehe

    ReplyDelete