Monday, January 3, 2011

Ujrah 1% PTPTN

Yuhu!

Hai korang.. entry harini saya takmau cerita tentang persiapan kawen but harini nak share info tentang PTPTN. Wah, mesti ada yang tetibe rasa mcm malas jer nak baca entry kali ni kan? huhuhu.. Amboi, kalau nak dapat pinjaman dulu bukan main laju tp bila nak suruh bayar semula..huish..bukan main susah! huhuhu.. Ooo..liat ye nak bayar utang PTPTN. Tarik telinga dia kang! hehehe..

Sekarang ni PTPTN tengah buat ujrah 1%. Dulu ingat tak masa sign borang pinjaman PTPTN? Dorang kenakan cas perkhidmatan 3%. Banyak jugak beza bila dikira2 semula. Tapi, untuk dapatkan 1% tu..kena mohon kat PTPTN. Saya haritu daftar melalui online. Masa tu, PTPTN nak kemaskini maklumat peminjam untuk ditukarkan dari 3% kpd 1 %. Saya daftar masa bulan Nov 2010.


Then, PTPTN akan email surat tawaran ujrah melalui email. Pandai2 la nak print kat mana ye..hehehe.. Lengkapkan form tu..then hantar semula kepada ptptn guna pos ye.. Tak kisah la nak guna pos laju ke, pos ekspress ke, posmen ke,.. ewah!  Bila dah submit form tu, yg seterusnya adalah tugas PTPTN. Biarkan dorang buat, kita dok diam2.hehehe.. Tapi dlm form tu ada tulis.. 'permohonan diluluskan/ tak'. Huh! susah jugak nak dapatkan ujrah 1% tu.. Byk prosedur..tp takpela..ikutkan je sebab mahu kurangkan hutang. Ecececeh!

Oh ye, lagi satu.. pegi check sama ada nama korang tersenarai dalam senarai hitam PTPTN ke tak.. Kalau ada,abisla sebab nanti takleh melancong ke luar negara. huhu.. Itu pun kalau korang nak gi melancong.. Saya sudah check aritu..


Huh! nasib baik saya terselamat! So, bolehla saya & alon gi melancong ke luar negara! Hiphip hooray! Nasib baikla alon takde buat pinjaman PTPTN..huh! Tak sabarnye nak langsaikan utang pinjaman PTPTN ni.. Yela, saya tak suka berhutang byk2. InsyaAllah, dlm tahun ni boleh langsaila kot utang ni. hehehe.. Sepatutnya kalau ikutkan jadual pembayaran PTPTN, saya patut tamat bayar tahun 2013..hehe.. Saja byr lebih every month sbb pasni boleh beli kete pulak! Ewah! Lagipun, penjamin saya masa buat pinjaman PTPTN ni dulu..ayahanda dan bonda saya. Kang kalau saya tak bayar..tak pasal2 pulak dorang pun terlibat sama dapat 'surat merah' dr PTPTN. Huh! Takmau! Sayang Mak & Abah!! Cepatla abis bayar, pasni nak beli benda lain pulak!! MMmm.. saya tak suka dalam 1 masa.. ada byk tempat berhutang. Sebab tu nak settlekan satu persatu. Kalau bab pengurusan duit ni..mmg saya agak teliti skit.. hahaha.. Saya tak suka nanti disebabkan byk utang, pertengahan bulan terpaksa ikat perot! Huh! Tak mau!

Tadi buka jap laman web ptptn..tengok penyata kira2 pinjaman saya.. Mm..kat situ ada tercatat..
Peminjam yang membuat penyelesaian penuh layak diberi kos pentadbiran 1% bermula 1 Jun 2008, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.  


Duit..kemarilah kamu supaya dapat ku membayar semua utang2 ku.. Ewah! Mcm jampi serapah la pulak!

Kalau ada sapa2 nak check baki pinjaman ke or nak calculate pinjaman korang.. layarila web kat bawah ni.
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

Kalau nak tahu pasal ujrah 1% or nak buat permohonan ujrah tu ke..klik link kat bawah ni pulak.
http://www.ptptn.gov.my/

All da best!!

7 comments:

  1. hi. nk tanya.
    kena print juga ke?
    bukan ke isi online je?

    ReplyDelete
  2. ha'ah..kena print 2 set..
    sebab ptptn mahu tandatangan peminjam dan saksi2..

    ReplyDelete
  3. sorry.
    nk tanya lg.
    kurang mengertilah.
    mrk sudah bg melalui permohonan online dan maklumat yg mana perlu diisi.
    ''Permohonan anda telah diterima dan akan diproses. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui emel. Terima Kasih.''

    lepas itu. tgk kat carta

    ''Peminjam menghantar perjanjian kepada PTPTN
    melalui pos berdaftar untuk tindakan
    penyelarasan kos pentadbiran''

    boleh terangkan x? sorry ea. tq

    ReplyDelete
  4. ok..1step..aritu sy kena isi permohonan online spt yg terdapat dlm laman web ptptn tu.Saya isi awal bulan nov(ikut jadual yg saya lampir kat atas). Then sebulan kemudian ptptn reply.dia attachkan borang 'surat tawaran pembiayaan pendidikan' iaitu surat perjanjian pertukaran 3% ke 1% tu.Borang tu perlu buat 2 salinan.Isi form tu beserta tandatangan peminjam(saya) dan saksi(parents) serta fotostet ic saya dan parents. then pos kat ptptn borang yg lengkap. Yang itu adalah surat tawaran ye. Kelulusan utk dpt 1% tu bergantung kpd samaada saya ni menepati syarat yg ditetapkan ptptn or tak (ayat kat dlm surat tu lebih kurang mcm ni la). So, skrg ni sy tak tahu la sama ada sy dpt 1% tu ke tak. Kena tunggu. Byk proses nye

    ReplyDelete
  5. atau dlm kata yg lebih mudah..

    apa yg kita isi secara online tu..maksudnya kita memohon untuk tukar 3% tu kpd 1%.

    lepas submit borang online,ptptn akan ckp..permohonan tlh diterima dan akan di proses.

    ptptn akan check maklumat kita,kalau puas ati..baru dia akan emailkan surat tawaran pembiayaan pendidikan (tajuk kat surat tu).

    Lepas dpt email tu, ptptn bg tempoh 90hari.kalau setuju,lengkapkan form.buat 2set.



    Bila

    ReplyDelete
  6. oh begitu.
    mksdnya sy belum dpt lg next step.
    xpe3.
    terima kasih. skrg sudah jelas. :)

    ReplyDelete