Esok start lapor diri kat USM, Penang. Alhamdulillah..tercapai gak impian saya nak sambung belajar. Dulu lepas abis diploma kat UPM mmg la nak sambung terus ijazah tapi mungkin masa tu rezeki kerja lebih berpihak kat saya kot. Dulu kelam kabut skit masa lepas diploma.Yela,susah nak cari keje sebab tak dpt sijil diploma lagi. Yela,masa tu tak konvo lagi. So,susah nak gerak mana2 sebab kebanyakkan jabatan,dorang nak tengok sijil diploma tu. Saya pulak penakut skit nak angkut transkrip exam tu gi cari keje. hahaha.. Malasla nak dengar dorang cakap.."nanti kami akan hubungi semula.tunggu sampai sijil diploma dapat ye..." huh! Ayat tu slalu diceritakan kawan2 saya. Pengalaman saya sendiri pula cari keje tanpa sijil diploma pun lebih kurang sama. Saya mohon kerja kerajaan. Dpt gi interview. Temuduga ok dan A+. (perasan!)Tapi bila nak check keputusan temuduga melalui laman web SPA sama ada berjaya or tak, nama saya tiada dlm sistem. Wah! ngeri btol saya masa tu! Nama tiada dlm kumpulan berjaya dan kumpulan tak berjaya. Dimanakah nama saya? Masa tu rasa mcm apa je. Yela, nama takde dlm sistem..seolah2 saya tak gi interview. Tapi,bila call semula SPA, dorang bagitahu kekosongan kerja tu ada untuk saya tapi dokumen saya ada masalah sbb saya takde sijil diploma lagi. Yg saya fotostet masa interview tu transkrip exam..Dorang nak sijil diploma.Bayangkan saya dah tahu saya dapat keje tu sebelum konvo dan dpt sijil diploma. Perasaan bercampur aduk.. epi sebab dpt keje,tp gelabah,berdebar,takot sbb saya punya konvo kena tunggu 1 bulan lagi. Boleh ke SPA tunggu saya or dorang akan buka jawatan tu kpd org lain? Masa tu saya siap tulis surat rayuan kat SPA weh! hahaha.. Akhirnya,dpt jugak saya jawatan tu.. dan skrg dah 3 tahun lebih dah keje.. hahaha.. Best!Best! Keputusan saya untuk bekerja dulu sebelum sambung ijazah adalah keputusan yg betul bagi saya. Dulu ada la jugak perasaan nyesal sbb tak sambung ijazah terus. Jeles kwn2 sambung ijazah. But now, saya epi sebab saya dah ada tapak dlm kerja kerajaan. Lepas tu skrg,dgn senang hatinya saya boleh sambung ijazah.. pastu diberi cuti tanpa rekod..(wah..gaji tetap jalan ye)..yes!yes! Alhamdulillah..
Harap2..saya dapatla abiskan ijazah saya kat USM ni dgn keputusan yg cemerlang. Saya ada cita2 yang nak dicapai nih! hehehe..
No comments:
Post a Comment