Inalillahiwainnailahirojiun...
Saya sgt terkejut! Sgt sedih! Tak sangka..benda ni akan terjadi. Mmm.. baru semalam kawan2 ofis cakap dia datang untuk lapor diri. Selalu setiap kali kes datang, pasti saya akan jumpa..borak2. Sebenarnye..kena kaunseling, tapi saya tak mahu gunakan istilah tu..nampak formal sgt! So,gunakan istilah 'borak2'. Tu mmg WAJIB! Sebabnya tu jela cara saya nak tahu perkembangan kepulihan diorang. Tapi semalam, saya hanya duduk dalam bilik siapkan laporan untuk kes mahkamah pagi ni. 11 kes! huhuhu..Pastu, sibuk buat persiapan akhir program untuk kes yang dijalankan pagi ni jugak. Kelam kabut skit. Tu yang duduk je dalam bilik. Tapi tak sangka..semalam kali terakhir dia datang ofis. Ya Allah! Saya tak sempat jumpa dia. Sebelum ni, bila jumpa kat mana2..dia mesti akan tegur, senyum tak pun akan lambai tangan. Dialah klien yang rajin lapor diri dan datang program. Kalau ada masalah, dia akan jumpa saya walaupun saya bukan pegawai yang handle kes dia. Saya agak terasa dengan berita kematian dia. Malam semalam dia accident motor. Muka dia remuk teruk. Patutnya, dia akan hadir program pengurusan jenazah yang jabatan kami buat pagi tadi. Program tu khas utk klien2 kami. Tak sangka, dia tak dapat pergi program tu sebab org lain yang uruskan jenazah dia. Balik dari program tadi, saya sempat singgah masjid. Jenazah dah nak dibawa masuk van untuk ke tanah perkuburan. Saya sempat jumpa mak dia. Peluk mak dia sambil cakap sabar dan kata2 tenangkan ati dia padahal dalam ati saya ni.. sedih jugak. Saya berlakon supaya tak nampak sedih. Ya, memang dia bukan ada pertalian darah dengan saya! Dia cuma seorang klien. dan saya .. ditugaskan untuk membantu proses kepulihan dia.. Tapi saya tak tahu kenapa hati saya ni jadi sayu sgt.. Bila dengar dari rakan2 tentang cara kematian dia..saya tak tahu nak cakap apa dah. Sesungguhnya, kematian itu adalah satu yang wajib bagi semua manusia. Cuma cara kematian tu..kita tak tahu macam mana, dan bila kematian tu akan berlaku..
Al-fatihah untuk dia..
KP jabatan saya pernah cakap, "Layan klien macam seorang insan"
No comments:
Post a Comment