1. Jangan memikirkan keperluan diri sahaja, sampai kita terlupa keperluan para tetamu majlis. Jangan sampai tiada pengisian atau aktiviti dibuat untuk menceriakan tetamu yang hadir. Jangan setakat bunyi bising dari nyanyian karaoke atau pembesar-pembesar suara yang membingitkan telinga sahaja.
2. Jangan buat persiapan majlis last minute. Tabiat ini boleh memenatkan pengantin ke tahap maksima, sehingga pengantin kekurangan tenaga untuk menghadapi hari bahagia.
3. Pastikan arahan tugasan diberikan dengan sempurna. Ada kalanya pembantu-pembantu buntu untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa tugas mereka yang spesifik.
4. Jangan membiarkan keadaan yang menentukan apa aktiviti atau acara yang harus dibuat seterusnya. Pengantin akan malu tersipu-sipu..Tetamu pula akan terpinga-pinga menanti apa yang bakal berlaku selepas itu.
5. Jangan kerana hendak menjaga maruah keluarga, perbelanjaan yang dikeluarkan melebihi batasan kemampuan diri. Akhirnya, hidup bertambah merana kerana bayar hutang tak habis-habis.
Saya dapat info ni kat sini
No comments:
Post a Comment