Saturday, November 27, 2010

Kenapa kad kawen saya tak cukup?

Yuhu!

Nyampah btolla dgn kad kawen yang baru saya terima tu! Lepas dapati ada beberapa kesilapan pada kad tu, saya buka semua kad. Check dengan teliti. 17 kad teruk + ngeri. 59 keping lagi, ok tapi bahagian peta..tak nampak tulisan arah jalan sebab dakwat putih tu halus sgt. Yang 100 kpg lagi perfect! Cuba kira berapa kesemua kad yang saya terima? Sila campurkan angka2 di atas ye.. PANDAI! Semuanya 176keping. Di ulang skali lagi, 176 keping! Saya tempah 200 keping! Tetibe mulut saya ni nak jadi mulut jahat pulak! Mana kad selebihnye? Kenapa tak cukup? Apa yg syarikat printing ni buat? Geram btol!

Saya sms syarikat tu. Then dia bls, "Salam,mcmni,kami mtk tolong awak pos semula kad yg rosak tmasuk kad yg first time dulu tu..phak kami akan byr kos pos tu.just guna skynet je untk return".

Mcm berapi jer baca sms dia. Yela, aritu masa mula2 dpt kad yang pertama tu..saya dah cakap, kad tu ada kesilapan dan saya tak mau kad tu.. Saya bebel panjang kat dorang sama mcm kat post ni. Tapi dorang tak minta pun saya pulangkan semula time tu. Sekarang ni, bila saya dah alik kl, then dah jadi kali kedua masalah kat kad saya..dorang minta saya pos kad yg lama tu. Saya tak kisah pun kalau nak pos kad tu sebab tak guna pun tapi kad tu ada kat jelebu! Penghantaran kad pertama tu,saya guna alamat ofis. Bila dah ada kesilapan pada kad yg pertama tu,saya tak bwk la alik kl. Biar tersadai kat sana. Yela, tak kuasa nak angkut beg berat2 dgn kad yg silap tu! Sekarang, dorang nak semula pulak kad tu! Bila masa pulak la saya nak ke jelebu tu sebab saya dah start cuti belajar.Esok dah bertolak ke penang. Dah byk kali saya ckp dgn diorang, akhir bln ni saya nak sambung blaja,so mohon dpt siapkan kad idaman saya tu elok2 sebelum akhir bln. Pastu yg buat saya pening ni,ntah apa kejadah pulak la skynet tu. Saya manalah tahu bab2 mcm ni. Disebabkan kesilapan dorang, saya pulak yang bersusah payah.

Apa dorang ingat saya nak tipu ke pasal kad kawen? Poodahcit! Yela, sebab saya asik cakap ada masalah pada kad dan diorg asik reprint. So, dorg ingat saya nak amik kesempatan la kot! Adoi kakak dan abg syarikat printing, saya tak ada masa la nak tipu! Saya kan dah siap MMS gambo kesilapan kad tu. Check la hp tu!! Kalau saya nak tipu, takdela saya letak alamat penghataran kad tu kat opis saya. Jabatan saya bukan calang2 jabatan. Geram btolla dgn dorang ni! Kalau tak caya, meh sini kat kl ni tengok kad yg penghantaran kali kedua. Dan..dtg jelebu tu dlm sebulan lagi ..tengok kad yg korang print kali pertama tu. Hish! Tension btol! Kalau tahu tadi,masa buka plastik bungkusan kad tu,saya rakam guna video supaya korang tahu yg saya cakap betul! Kad korang ni ada masalah dan tak cukup!! PAHAM?

Pasni kalau dengar kawan2 nak tempah kat syarikat printing tu..saya akan nasihatkan cari syarikat printing lain! Ramai B2B yang pernah guna khidmat dorang ni tapi ok jer.. Sebab tula saya pun pilih syarikat ni. Tapi tak sangka jadi macam ni.Kad kawen saya teruk!Rasa macam nak announce nama syarikat printing tu kat sini.. Tapi pikir positif, syarikat tu baru nak berkembang..nanti dikatakan calar imej dorang plak. Tapi tolongla kakak dan abg syarikat printing, kenapa la korang cuai sgt!! Dah tahu masa kali pertama tu ada masalah dgn kad saya, bila reprint ..before deliver tu check la! Dah tahu saya seorang customer yang teliti dan cerewet. Tak amik iktibar langsung dari kesilapan pertama. Skarang kad saya tak cukup! Sapa nak jawab? Korang boleh je ckp dah bg cukup2..mana tahu kot saya sorok sebab nak dpt kad lebih dr korang kan? Alih2 skrg saya yg ditimpa masalah padahal kesilapan dari pihak korang!Kirala btol2!!Print cantik2!! CUAI LAH! My mom n sister pun dah tengok kad korang tu. Choyy!!

Ucapan khas utk dorang : Kakak dan abg syarikat printing, DIMANA HAK SAYA? KENAPA BUAT MACAM NI KAT SAYA?

3 comments:

  1. mmg ngeri lau jd kes mcm ni...yg sykt printing tu wt keja lalai...wt kj cincai je...gewaammmmm...apepun besabar tau...be cool dear...insyaallah smuanya bjalan lancar

    ReplyDelete
  2. Thanks ida.. geram kat syarikat tu.. 2 kali buat kesalahan yg sama..

    ReplyDelete
  3. sabar dear, sabar. nak kawen ni, memang mcm2 dugaan. ish, takot lah pulak.

    p/s: linked u sudah. hope we can share cite kawen!hehe

    ReplyDelete